Saya Tidak Tolak Raja-Raja Melayu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan apa yang beliau lakukan terhadap raja-raja Melayu sebelum ini bukanlah bermakna beliau menolak institusi diraja. Sebaliknya beliau berkata, apa yang dilakukan itu hanyalah mahu mengelakkan daripada raja-raja menimbulkan rasa marah rakyat sehingga rakyat memberontak. Katanya, ini termasuklah menggubal undang-undang bagi menubuhkan Mahkamah Khas Raja-Raja. “Kita kena […]

Tindakan Punitif Jika Tiris Dana Kerajaan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan merangka satu undang-undang yang boleh mengambil tindakan punitif terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kewangan kerajaan. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata semua kementerian pula dikehendaki mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isu atau kelemahan berkaitan undang-undang, dasar atau […]

Dr Wan Azizah Minta YaPIEM Kaji Keberkesanan Program

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memantau dan mengkaji keberkesanan setiap program dan projeknya supaya kumpulan sasar mampu berdikari dan akhirnya menjadi penyumbang kepada ummah. Katanya beliau sentiasa menyokong penuh usaha dan hasrat murni YaPEIM dalam membantu dan meningkatkan sosioekonomi ummah, bagaimanapun […]

Fokus Siap Siaga Maritim Pertahan Kedaulatan Negara – Mat Sabu

SHAH ALAM – Kementerian Pertahanan akan memfokuskan kesiapsiagaan maritim dengan memperkasa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi menjaga kedaulatan tanah air. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan ketika beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Istana Bukit Kayangan, hari […]

PPIM Sokong Pensijilan Halal Restoran Dan Hotel

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong saranan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari agar pengusaha restoran dan hotel mendapatkan pensijilan halal bagi mengoptimumkan industri pelancongan dan makanan di negeri itu. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah yang disarankan Adly itu amat bertepatan kerana cadangan itu bukan sahaja menguntungkan pengusaha industri pelancongan dan […]

TUDM Pantau Ruang Udara Sabah Semasa Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Seramai 44 pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Pusat Bantuan Operasi Udara (PBOU), Tawau, Sabah akan bertugas memantau ruang udara negeri berkenaan semasa Hari Raya Aidilfitri. Langkah itu bagi menyokong keperluan operasi sekiranya terdapat laporan ancaman daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Angkatan Tugas […]

Kerajaan Afghanistan Umum Gencatan Dengan Taliban

KABUL – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain. Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan mesyuarat dengan golongan ulama yang mengeluarkan fatwa menentang pengeboman bunuh diri, minggu ini. Kumpulan ulama itu turut mencadangkan agar gencatan senjata diadakan dengan Taliban […]