Jenazah Bonda Sultan Johor Dimakam Esok

JENAZAH bonda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dijangka tiba dari London, hari ini. Pesawat peribadi Sultan Johor yang membawa jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 10.30 malam. Jenazah akan disambut Sultan Ibrahim bersama kerabat Diraja sebelum dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Negeri Johor […]

KWSP Suri Rumah Tetap Dilaksana – TPM Dr Wan Azizah

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberikan jaminan bahawa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah akan dilaksanakan walaupun kerajaan berdepan cabaran untuk menyediakan dana. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan akan sedaya upaya berusaha menyelesaikan isu dana itu bagi membolehkan caruman […]

Kerajaan Pertahan Islam Dalam Semua Aspek

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus berpegang dan melindungi agama Islam di negara ini dalam pelbagai aspek termasuk pemerintahan, dasar dan pendirian. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang berpendapat kerajaan sedia ada tidak memberi perlindungan kepada agama Islam. “Ini tidak tepat, kami juga bertanggungjawab memerintah negara tanpa mengabaikan perkara-perkara […]

Bantuan Zakat Wajar Diperluaskan Kepada OKU

PUTRAJAYA – Penyaluran wang zakat dicadangkan agar dikembangkan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi asnaf fisabilillah. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, definisi untuk penerima-penerima zakat tidak semestinya terhad kepada tafsiran konvensional tetapi ia boleh dilihat dalam konteks dakwah, pendidikan dan kebajikan. “Kita boleh beri zakat kepada OKU melalui asnaf fisabilillah dan ada cara […]

Tommy Thomas Peguam Negara Baharu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepucuk surat bertarikh 4 Jun. Surat yang sama turut mengampuni perkenan penamatan khidmat Tan Sri Apandi Ali dari jawatan yang sama oleh Kerajaan Malaysia. – UTUSAN ONLINE