Dr Wan Azizah ketuai angkat sumpah 13 menteri Kabinet
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengetuai barisan 13 anggota Kabinet mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara hari ini. Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu turut disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan […]
Seorang cedera kren tumbang di Masjidil Haram
RIYADH: Seorang pekerja cedera selepas sebuah kren tumbang di kawasan pembinaan di Masjidil Haram, Makkah, lapor agensi berita Xinhua, memetik portal berita Sabq. Menurut catatan Twitter pihak berkuasa Makkah, kejadian pada Ahad itu berlaku di kawasan yang jauh dari laluan para jemaah dan pelawat. Pada tahun 2015, dunia dikejutkan dengan tragedi kren tumbang di Masjidil […]
Selepas AS, Guatemala, Paraguay rasmi misi Baitulmaqdis
BAITULMAQDIS: Presiden Paraguay, Horacio Cartes merasmikan misinya di Israel di sini semalam, menjadikannya negara ketiga mengambil langkah amat kontroversi selepas Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala. Cartes dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap dalam pengisytiharan kedutaan baharu itu di sebuah taman industri teknologi tinggi di barat daya bandar ini. Pemimpin Paraguay itu menggelar pengisytiharan terbabit […]
Siasatan Gaza: Israel panggil tiga duta Eropah
BAITULMUQQADIS – Israel memanggil Duta Sepanyol, Slovenia dan Belgium berhubung undian mereka dalam sebuah badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa siasatan antarabangsa terhadap insiden tembakan yang membunuh ratusan rakyat Palestin di sempadan Gaza. Kementerian Luar Israel berkata, Duta Sepanyol dan Slovenia dipanggil semalam sementara wakil Belgium akan hadir hari ini. Majlis Hak Asasi PBB […]
Merusuh sampai membunuh: Polis KL tahan 17 remaja
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan 17 remaja berusia 14 hingga 20 tahun bersabit kejadian merusuh melibatkan dua kumpulan bermotosikal sehingga menyebabkan berlaku kematian dalam kejadian pada awal pagi Ahad. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.31 pagi itu, Pusat Kawalan Kuala Lumpur telah menerima aduan […]
Gelombang bulan mulia
SHAH ALAM : Kempen World #QuranHour tahun ini akan diadakan pada 22 Ramadan atau 7 Jun bagi meraikan sejarah kitab suci al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadan. Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaakub berkata, ketika Ramadan, umat Islam akan lebih dekat dengan kitab suci, justeru, kempen World #QuranHour ingin mengambil kesempatan terhadap gelombang […]