Buat keputusan bijak
Pilih kerajaan yang stabil, boleh pelihara agama KUALA LUMPUR 7 Mei – Rakyat Malaysia yang akan mengundi pada Rabu ini dinasihatkan membuat keputusan bijak dengan memilih sebuah kerajaan yang stabil untuk terus membangunkan ekonomi serta memelihara Islam sebagai agama Persekutuan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, jika pengundi memilih parti yang salah pada Pilihan […]
Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh
BENTONG: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan keadaan perpaduan rakyat pada masa kini yang dilihat semakin rapuh disebabkan perbezaan ideologi politik. Tengku Abdullah bertitah rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum yang selama ini hidup rukun dan damai kini dilihat cuba membawa haluan dengan cara tersendiri. “Saya sedih […]
Sejarah hitam lebih buruk jika DAP memerintah negara
KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysia bakal mencatat sejarah hitam yang besar iaitu bermulanya kejatuhan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, sekiranya pemimpin-pemimpin DAP dalam gabungan pembangkang PKR mengambil alih kepemimpinan negara pada 9 Mei ini. Tegas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Datuk Mahamad Naser Disa, keadaan itu lebih buruk berbanding […]
Jangan percaya mesej palsu di media sosial – SPR
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan para pengundi supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya dengan mesej palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak tertentu yang bertujuan mengelirukan mereka. Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang […]
Haramain Express dapat menjimatkan masa antara Makkah dan Madinah.
JEDDAH – ‘Bullet train’ antara Makkah- Madinah di Arab Saudi dijangka siap September ini. Menteri Pengangkutan Saudi, Nabil Mohammed Al-Amoudi berkata, Haramain Express berkelajuan lebih 300 km sejam itu bakal menjadi kereta api tercepat di Timur Tengah. “Kereta api ini boleh menampung 60 juta penumpang setahun dan mula beroperasi secara rasmi pada awal 2019. “Landasan […]
Yahudi dan Amerika tunjuk degil, papan tanda kedutaan baharu mula dipasang
BAITULMAQDIS: Pekerja sibuk mendirikan tanda jalan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dibuka Baitulmaqdis pada 14 Mei ini, langkah yang dianggap bersejarah oleh rejim Zionis tetapi dibantah keras penduduk Palestin. Mereka mendirikan papan tanda bertulis ‘Kedutaan AS’ dalam bahasa Hebrew, Arab dan Inggeris sekitar lokasi, kini bangunan konsular AS, di kawasan penempatan Arnona di […]
Malaysia negara pertama dipilih untuk program prapelepasan haji
PUTRAJAYA – Bermula tahun ini, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang terpilih sebagai perintis bagi program prapelepasan haji yang akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dalam kenyataan semalam berkata, melalui inisiatif tersebut pengambilan cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan […]
500 NGO sokong calon pertahan Islam
KUALA LUMPUR 7 Mei – Lebih 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam meminta rakyat khususnya orang Islam hanya memilih calon yang sanggup mempertahankan Islam sebagai pemimpin menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengarah Himpunan NGO/NGI, Mohd. Zai Mustafa berkata, tindakan itu perlu memandangkan wujudnya pihak yang berani mencabar dan mempertikaikan kelebihan Islam sebagai agama Persekutuan. […]
Cubaan serangan siber meningkat
AGENSI Keselamatan Siber Negara (NCSA) mengesan peningkatan ketara cubaan serangan siber mensasarkan pelbagai organisasi di Malaysia sejak kebelakangan ini. Serangan itu pelbagai termasuk pencerobohan, cubaan pencerobohan, serangan penafian perkhidmatan teredar (DDos), merosakkan laman web dan jangkitan virus Malware. Menurut kenyataan di laman web NCSA, serangan siber itu boleh menyebabkan kebocoran maklumat, kehilangan maklumat, gangguan perkhidmatan […]