Proses penamaan calon PRU14 bermula

PROSES penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara. Ia membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi Sarawak, hanya pilihan raya peringkat parlimen sahaja diadakan memandangkan pilihan raya negeri telah berlangsung 2016. Parlimen dibubarkan pada 7 April […]

Polis buru pemilik akaun Facebook hina anggota polis terbabit dalam kemalangan

TAIPING: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook (FB), ‘Tengku Badaruddin’ kerana menghina anggota polis Unit Pasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) dalam loghat Kelantan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Changkat Jering, dekat sini, semalam. Pemilik FB itu mendakwa kemalangan itu berpunca apabila kenderaan EMPV itu mengejar sebuah lori untuk mendapatkan habuan. Ketua […]

Patuhi undang-undang semasa PRU-14 – Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengingatkan semua pihak, termasuk bakal calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan penyokong parti politik masing-masing supaya sentiasa menghormati undang-undang yang ditetapkan. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, menjelang hari pengundian pada 9 Mei depan, segala kempen dan bentuk sokongan kepada calon parti masing-masing perlulah […]

Lelaki jubah putih sujud awal ketika solat sebab meninggal dunia

SEBUAH video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tua meninggal dunia selepas lama bersujud. Dalam kejadian di sebuah masjid di utara wilayah Aghwar, Jordan, itu, rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan yang memakai jubah putih sedang solat jemaah di saf paling hadapan. Bagaimanapun ketika semua jemaah sedang berdiri menunaikan solat, dia telah bertindak sujud lebih […]

Panggilan bayar bil TNB segera palsu

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pelanggannya agar membayar bil elektrik dalam tempoh ditetapkan, melalui saluran-saluran pembayarannya yang termasuk  Kedai Tenaga, secara online atau menerusi ejen kutipan bil TNB yang sah. “Setakat ini kami menerima 200 aduan pengguna yang menerima panggilan rakaman, meminta mereka membuat bayaran bil dengan segera bagi mengelakkan pemotongan bekalan […]

Mike Pompeo disahkan Setiausaha Negara baharu

WASHINGTON 27 April – Dewan Senat Amerika Sya­rikat (AS) mengesahkan Mike Pompeo sebagai Setiausaha Negara bagi pentadbiran Presiden Do­nald Trump semalam, dengan menyaksikan bekas Pengarah CIA itu mengadakan lawatan segera ke negara-negara sekutunya di Eropah dan Asia Barat. Pompeo, seorang bekas pegawai tentera yang juga ahli Kongres Republikan tersebut dianggap sebagai penyokong setia Trump yang […]

Minyak masak terpakai jana pendapatan sampingan

  NILAI: Menyedari bahawa kesedaran masyarakat terhadap pengurusan pembuangan minyak masak terpakai dan penggunaanya yang kerap untuk tempoh lama mendatangkan mudarat, telah memberi idea keusahawanan kepada sekumpulan siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Terdiri daripada lapan orang ahli, mereka menggerakkan kumpulan yang dinamakan Allinol Oil di bawah aktiviti keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh Encatus USIM. […]