Jangan ikut virus Khawarij
TINDAKAN khuruj atau penderhakaan terhadap pemerintah adalah satu perbuatan tidak bermaruah dan amalan tersebut telah bermula daripada puak Khawarij pada zaman pemerintahan sahabat Nabi Muhammad SAW. Ekoran perbezaan pendapat dalam menguruskan negara dan hal ehwal umat Islam ketika itu, puak Khawarij mewujudkan fahaman bidaah pertama yang lahir dalam kalangan umat Islam. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, […]
Iran haramkan penggunaan media sosial asing di sekolah
TEHRAN: Kementerian Pendidikan Iran telah mengharamkan penggunaan rangkaian media sosial asing di sekolah-sekolah mereka bagi membataskan pengaruh luar untuk menembusi platform-platform dalam talian di negara itu. Menurut menteri di kementerian itu, sekolah-sekolah di Iran mestilah menggunakan rangkaian media sosial domestik sahaja. Telegram merupakan rangkaian sosial yang paling popular di negara itu dengan jumlah pengguna bulanannya […]
Larangan kempen politik di masjid, surau Selangor
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung larangan menggunakan masjid dan surau untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha MAIS, Datuk Bakhtiar Hussin, berkata pekeliling itu dikeluarkan selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri berkenaan. “Justeru, semua Jawatankuasa […]
Ingatkan artis saja, mufti pun jadi mangsa
PETALING JAYA: Golongan artis dan selebriti sering berdepan dengan isu penyalahgunaan akaun palsu di laman sosial yang menggunakan sama ada nama atau gambar mereka. Namun realitinya bukan sahaja golongan popular itu terkesan, nampaknya mufti juga tidak terkecuali menjadi mangsa oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengalaminya sendiri apabila […]
Kos ibadah haji muassasah kali pertama kekal RM9,980
KUALA LUMPUR 17 April – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menegaskan bayaran bagi menunaikan ibadah haji bagi jemaah muassasah kali pertama tidak berubah sejak tahun 2009 iaitu RM9,980. Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, walaupun kos haji meningkat setiap tahun, kadar itu tetap dikekalkan demi kepentingan umat Islam di negara ini. Menurutnya, kos […]
21 wanita berpakaian ketat terima notis
KOTA BHARU: Seramai 21 wanita diberikan notis untuk menghadiri sesi kaunseling atas kesalahan gagal berpakaian patuh syariah dalam `Ops Sopan’ di sekitar daerah ini di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 5 petang hingga 8 malam itu, empat wanita turut disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah selepas didapati mengulangi kesalahan sama. Operasi oleh Majlis Perbandaran Kota […]
‘Kilang’ reka berita palsu
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan wujud gerakan tertentu bersembunyi di sebalik media sosial atau internet, yang aktif menyebarkan dakyah berkaitan kerajaan melalui medium maya itu. Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Dr Mazlan Ismail, berkata gerakan terbabit berperanan seperti ‘kilang’ untuk mewujudkan berita palsu dengan motif utama mempertikai integriti dan kecekapan kerajaan, […]
YADIM mohon maaf ke atas Ustaz Abu Syafiq
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan ini memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan dan kekhilafan dalam menyiarkan artikel yang dipetik daripada portal luar, berkaitan dengan Ustaz Abu Syafiq pada tajuk artikel,”Abu Syafiq Tarik Balik Fitnah Terhadap JAKIM dan McDonalds?,” pada 6 April 2018 lalu dalam facebook dan web rasmi YADIM. YADIM telah memadam dan […]
Serangan pemikiran perlu perhatian serius
PUTRAJAYA – Serangan pemikiran terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak terutama generasi muda, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Mohd Zaidi Ramli. Beliau berkata, serangan pemikiran itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka menyedari bahawa akal fikiran manusia adalah satu medan yang luas […]
PRU14: Jangan jadikan agama sebagai ‘barang dagangan’ – Asyraf Wajdi
PASIR PUTEH: Pemimpin parti politik diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menjadikan agama sebagai “barang dagangan” untuk menagih simpati dan sokongan terutama dalam fasa akhir kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bulan depan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu wajar diberikan perhatian serius bagi memastikan kesucian agama […]