Kenyataan mengelirukan, Siti Nurhaliza bakal ambil tindakan undang-undang
KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas sebuah blog yang didakwa cuba menjatuhkan maruahnya dengan menyebarkan berita palsu. Penyanyi berusia 39 tahun itu turut meluahkan rasa kesal selain menafikan individu yang dinyatakan tersebut adalah dirinya meskipun nama dalam berita berkenaan dieja sebagai Sita Nurhaliza […]
Kayuh 10,000km menuju ibadah haji
SETELAH dua tahun menjalani latihan, akhirnya bapa kepada enam orang anak tekad untuk melakukan kayuhan solo ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji bermula hari ini. Suliman Abd Lah, 47, dari Padang Serai, Kulim akan melalui lapan buah negara dengan kayuhan sejauh 10,000 kilometer bermula dari Changlun dan dijangka tiba pada 16 Julai depan di Mekah. […]
Program Umrah Penggiat Seni diperluas kepada bekas atlet
SEPANG: Program Umrah Penggiat Seni yang dikendalikan Yayasan Perdana Ummah (YPU) turut memberi peluang kepada bekas atlet kebangsaan untuk menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci selain artis veteran. Pengerusi Eksekutif YPU, Datuk Rizal Mansor, berkata penghantaran kumpulan kedua untuk mengerjakan umrah kali ini membuat sedikit kelainan apabila turut membawa bekas atlet kebangsaan. Beliau berkata, kumpulan […]
Lepas sakit jantung, Ustaz Kazim selesa elak peminat
KUALA LUMPUR, 8 April ― Beberapa ustaz selebriti popular mengakui berdepan pelbagai karenah peminat dan bentuk gangguan sepanjang kerjaya mereka. Mereka juga terpaksa berhati-hati bagi mengelak fitnah khususnya apabila diminta bergambar dengan wanita, lapor Harian Metro. Sejak diserang masalah jantung, penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias mengakui beliau berasa “sudah penat” dan “tidak selesa” dikerumuni peminat. […]
Program mandi jenazah cari pelapis
KUALA NERANG – Seramai 80 peserta wanita dari Jemaah Masjid Kampung Padang Nyior, Mukim Padang Terap Kiri di sini, menghadiri kursus penyelenggaraan jenazah wanita di dewan masjid itu, semalam. Penyelaras program, Masri Awang Kechik berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan yang diberikan penduduk di kampung itu bagi mendalami kursus jenazah tersebut. Katanya, kursus itu dianjurkan […]
AS beri ‘lampu hijau’ bunuh rakyat Palestin
Halang PBB siasat, keluarkan kenyataan bantahan SEMENANJUNG GAZA 7 April – Amerika Syarikat (AS) terus menghalang kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menyokong hak penduduk Palestin untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman di sempadan Gaza-Israel. AS juga menghalang pelaksanakan gesaan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres agar siasatan bebas dilakukan terhadap pembunuhan penduduk Palestin […]
8 orang satu hari
KUALA LUMPUR: Umpan lapan mangsa setiap hari untuk mendapatkan wang mudah. Taktik licik itu dikesan dilakukan individu tertentu yang memperdayakan orang ramai kononnya ingin menjual kereta secara dalam talian namun menghilangkan diri selepas deposit diterima. Dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran, sindiket itu yang beroperasi 24 jam mengiklankan pelbagai kenderaan untuk dijual dan […]
Angka korban konflik Gaza-Israel meningkat
SEMENANJUNG GAZA – Lapan rakyat Palestin menemui ajal di hujung senjata tentera Zionis ketika protes di sempadan Gaza-Israel semalam lapor pegawai Kementerian Kesihatan Palestin. Tentera rejim mendakwa tembakan dilepaskan ke arah penunjuk perasaan yang cuba untuk menyusup masuk ke kawasan mereka. Angka kematian kini meningkat kepada 24 setelah pertempuran berdarah minggu lalu yang meragut 16 […]
Kerajaan akan buka Universiti al-Quran
KUALA LUMPUR: Penubuhan sebuah Universiti al-Quran untuk melahirkan lebih ramai graduan hufaz turut dimasukkan sebagai janji kerajaan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Menerusi universiti itu, graduan hufaz yang dilahirkan bukan setakat mempunyai kepakaran menghafal al-Quran tetapi juga lengkap dengan kepakaran dalam bidang profesional yang lain. Selain itu, BN juga […]
Perpaduan hadiah tak ternilai
KUALA LUMPUR: Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai dan perlu dipelihara serta dihargai semua rakyat di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia. Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perpaduan terhasil apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama saling menghormati antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi […]