Hafaz al-Quran jadi terapi pulih kanser darah
PUTRAJAYA: Biarpun disahkan menghidap kanser darah tahap empat, namun masalah kesihatan dihidapinya tidak sedikitpun menghalang hafiz muda, Muhammad Amin Muadzam, meneruskan usahanya menghafaz kitab suci al-Quran. Muhammad Amin, 18, dari Sarawak, berkata dia disahkan menghidap penyakit itu ketika hanya tinggal 10 juzuk lagi untuk bergelar hafiz, namun keadaan kesihatan dirinya menyebabkan harapannya terhenti seketika. Bagaimanapun, […]
Mahkamah Khas Hadhanah bantu masalah kahwin, cerai
KUALA LUMPUR: Inisiatif penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bukan saja dapat mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan penceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, malah mampu membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali. Mahkamah Khas ini beroperasi dengan serta merta sebaik sahaja diisytiharkan penubuhannya secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri […]
MSWP tubuh Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom hari ini mengisytiharkan Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP). Mengikut statistik, sebanyak 50,521 kes didaftarkan di MSWP sepanjang tempoh 2013 hingga 2017. Penubuhan mahkamah khas tersebut adalah satu inovasi bagi menyelesaikan masalah kelewatan […]
JAKIM berlapang dada dengan teguran, kritikan
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa berlapang dada terhadap teguran dan kritikan sekiranya mendapati agensi berkenaan terpesong daripada landasan Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pasak dan teras peranan JAKIM sentiasa dipantau Majlis Raja-Raja Melayu serta dibantu nasihat mufti. Selain itu, katanya, Parlimen sebagai badan perundangan […]