RUU Keharmonian Nasional berpotensi ceroboh urusan Islam
Kuasa suruhanjaya bercanggah pembahagian kuasa negeri, Pusat BANGI – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sekali lagi menyatakan penolakan terhadap cadangan penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Keharmonian Nasional yang dikemukakan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. UMMAH yang dinaungi lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sepakat menolak RUU berkenaan yang kandungannya bercanggah dengan prinsip keharmonian dan Perlembagaan […]
Raja Salman ulangi sokongan terhadap Palestin
RIYADH: Raja Salman mengulangi sokongan Arab Saudi terhadap pembentukan sebuah negara Palestin selepas anak lelakinya dan pewaris berkata Israel berhak untuk tinggal secara aman di tanah airnya, kenyataan jarang dikeluarkan seorang pemimpin Arab. Raja Salman turut menegaskan, perlunya proses damai lanjut dalam satu panggilan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump malam Isnin lalu, […]
Pengkritik ragu-ragu perkembangan di Rakhine
SINGAPURA: Satu panel penasihat pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berhubung krisis Muslim Rohingya di Rakhine berkata semalam, ia berpuas hati dengan beberapa perkembangan yang dicapai. Namun sebaliknya, kumpulan hak asasi, Amnesty International memberi amaran kepada anggota panel supaya berhati-hati, bimbang digunakan bagi melindungi dakwaan pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti terbabit. Lembaga penasihat antarabangsa dilantik Suu […]
Arab Saudi tawar 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia
KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menawarkan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 untuk melanjutkan pengajian ke negara itu. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata biasiswa itu selain bagi meringankan bebanan kewangan pelajar terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke negara itu, ia turut membuktikan hubungan […]
Kanak-kanak Rohingya terima bantuan pendidikan Arab Saudi
KUALA LUMPUR 3 April – Kanak-kanak Rohingya bakal menerima sinar baharu apabila bantuan kemanusiaan menerusi pendidikan percuma diberikan bagi membela nasib mereka. Jurucakap Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memberitahu, lebih 160 pelajar Rohingya mengikuti pendidikan akademik dan al-Quran secara percuma di Sekolah Arab Saudi Kuala Lumpur selaras dengan usaha negara tersebut meningkatkan kualiti hidup pelajar […]
Krisis perubatan Yaman kian kritikal
KUALA LUMPUR: Situasi kesihatan di Yaman kian kritikal apabila hampir 14.8 juta rakyat di negara itu memerlukan bantuan perubatan berikutan krisis perang saudara yang berlarutan sejak 2015. Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata kebanyakan hospital dan klinik di wilayah Aden, Shabwah dan Abyan tidak mampu meneruskan rawatan kerana kemudahan perubatan amat […]
Al-Furqan beri sinar kepada gelandangan
KUALA LUMPUR Sebagai usaha mendekatkan golongan gelandangan dengan ilmu agama, seorang sukarelawan, Nor Akmar Ali, mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pusat mengaji al-Quran dinamakan alFurqan, yang terletak di bangunan Buku Jalanan, di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Aktiviti yang berlangsung setiap Jumaat selama 45 minit hingga satu jam, nyata berbaloi kerana semakin ramai remaja dan gelandangan […]
Pendakwa Syarie cadang kemuka beberapa lagi tuduhan baru terhadap Ridhuan Giman
KUALA LUMPUR : Perbicaraan kes Mohd Ridhuan Giman dan isterinya yang dituduh mengemukakan maklumat palsu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan pada 30 Mei 2018. Penangguhan tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada peguam OKT memfailkan beberapa dokumen terlebih dahulu sebelum perbicaraan bermula. Suasana di dewan mahkamah sedikit tegang apabila pihak pendakwa […]
Pengeluaran sijil halal dunia diseragam
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mewujudkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa bagi menyeragamkan pengeluaran sijil halal dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia akan dilaksanakan oleh Majlis Halal Malaysia dengan menyatukan semua badan halal seluruh dunia. “Sebagai peneraju industri halal global, Majlis Halal Malaysia mempunyai perancangan besar termasuk menubuhkan Lembaga […]
‘Saya tidak akan jadi calon, sertai mana-mana parti politik’ – Mufti Perlis
KANGAR 4 April – Mufti negeri, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tidak akan mengikut jejak langkah beberapa penceramah agama yang lain menyertai mana-mana parti politik seterusnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tegasnya, pendirian tersebut adalah jelas dan muktamad untuk tidak menyertai atau menjadi calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Pakatan […]