Ustaz sebak budak kumpul syiling bayar yuran mengaji

REMBAU: “Ustaz, saya nak bayar yuran mengaji,” kata seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sambil menghulurkan sebungkus syiling kepada pengasas Pusat Pengajian Taman al-Quran, Muhamad Allif Ibrahim, 26, di sini. Muhammad Allif yang membuka kelas pengajian di dalam bas terpakai di Taman Seri Rembau di sini, sejak awal tahun lalu, berkata perbuatan ikhlas muridnya itu […]