Teknologi pintar untuk jemaah umrah, haji
MAKKAH – Pihak berkuasa Arab Saudi memilih menggunakan teknologi pengurusan data pintar untuk memendekkan tempoh menunggu di lapangan terbang bagi jemaah haji dan umrah yang berkunjung ke negara itu. Satu daripadanya ialah memperkenalkan gelang tangan RFID (identifikasi frekuensi radio) untuk mempercepatkan pemeriksaan identiti semasa ketibaan dan berlepas di lapangan terbang. “Pada masa ini, ia mengambil […]
Budak ‘gila gajet’ terkena risiko macam autisme
KUALA LUMPUR, 23 Mac ― Memberikan kanak-kanak seawal usia satu hingga enam tahun bermain gajet seperti telefon pintar tanpa kawalan berisiko mendedahkan mereka kepada masalah mental dan “pseudo autism”, kata pakar pendidikan awal Kanak-kanak Dr Putri Afzan Maria Zulkifli. Beliau berkata “pseudo autism” menyerupai autisme iaitu golongan kanak-kanak tidak mempunyai kemampuan atau kemahiran bersosial dan […]
Facebook terus berdepan tekanan
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Facebook Inc, semalam terus berdepan tekanan pelbagai pihak termasuk pembuat dasar dan pelabur sehari selepas Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg mengaku rangkaian media sosial itu membuat kesilapan dengan membenarkan data 50 juta pengguna jatuh ke tangan syarikat konsultasi politik, Cambridge Analytica. Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) turut meminta Zuckerberg memberi penjelasan secara […]
Kumpulan pemberontak Syria umum gencatan senjata
DAMSYIK, 5 Rejab 1439H, Jumaat – Salah satu kumpulan pemberontak Syria yang masih tinggal di daerah Ghouta Timur, di luar Damsyik, telah mengumumkan gencatan senjata. Kumpulan Faylaq al-Rahman berkata, gencatan senjata itu akan bermula di bahagian selatan kawasan sekitar tengah malam waktu tempatan. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, pengumuman itu dibuat selepas serangan […]
Edar dadah guna kurier, urusniaga dark web cabaran baharu PDRM
KUALA LUMPUR – Kes pengedaran dadah dijangka lebih mencabar dengan trend baharu menggunakan pos, kurier dan pasaran gelap atas talian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, itu antara cabaran besar yang bakal dihadapi Polis Diraja Malaysia dalam memerangi kes dadah hari ini. “Trend pengedaran dadah kini sudah berubah, jika […]
Imam Muda Asyraf timang anak ketiga
SELEBRITI terkenal, Imam Muda Asyraf hari ni berkongsi berita gembira tentang kelahiran cahaya mata ketiga apabila isterinya, Nur Husna Yusof, selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 2.53 pagi tadi. Perkongsian tersebut dibuat di laman Instagram miliknya dengan dengan meluahkan rasa syukur di atas kelahiran tersebut. “Assalamualaikum semua. Ungkapan syukur alhamdulillah atas kurniaan anugerah ini. […]
Pelacuran: lepasan universiti, pekerja hotel dipenjara, sebat
KUALA LUMPUR 23 Mac – Seorang lepasan jurusan perubatan dari sebuah universiti di Mesir dan pekerja hotel masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran melalui aplikasi WeChat di beberapa buah hotel sekitar ibu negara, dua tahun lalu. Hakim Datin M. Kunasundary turut menjatuhkan […]
Rasuah KBS: 22 beg tangan jenama mewah jadi barang bukti
KUALA LUMPUR, – Beg jenama mewah Christian Louboutin, Salvatore Ferragamo, Fendi Roma, Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Prada Milano dan Christian Dior, dikemukakan di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai barang bukti pada perbicaraan kes bekas pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 […]
Polis berjaya jejaki Datin Rozita
Polis masih tidak mendedahkan lokasi Datin Rozita berada kini. SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan pihaknya telah berjaya menjejaki seorang Datin yang gagal hadir ke Mahkamah Tinggi di sini kelmarin untuk semakan hukuman selepas wanita itu didapati bersalah mencederakan pembantu rumahnya dua tahun lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai usaha telah digunakan […]
Peserta Malaysia ungguli pertandingan hafazan al-Quran Asia Pasifik
SEPANG – Dua peserta Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul johan dalam dua kategori pada Pertandingan Musabaqah Hafalan Al-Quran peringkat Asia Pasifik yang berlangsung di Jakarta Indonesia pada 20 hingga 22 Mac lepas. Ahmad Luqman Ahmad Zaini, 20, dan Muhammad Dzulfaqar Mohd Zaini, 19, masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi kategori hafazan 10 dan 20 […]