Juruterbang dituduh tembak MH17 bunuh diri

LONDON: Juruterbang tentera Ukraine yang dituduh oleh Russia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia MH17 pada 2014, ditemui mati akibat membunuh diri dengan pistol, lapor media Ukraine, hari ini. Kapten Vladyslav Voloshyn mengecam tuduhan Russia itu yang dianggapnya sebagai satu penipuan. Penyiasat Belanda memutuskan bahawa sistem peluru berpandu antipesawat Buk buatan Russia yang menembak jatuh jet […]

Wanita Arab Saudi dibenar tak pakai jubah

RIYADH: Wanita di Arab Saudi tidak perlu mengenakan tudung atau jubah berwarna hitam asalkan mereka berpakaian sopan dan menutup aurat. Dengan peningkatan kuasa Putera Mahkota Mohammad Salman, negara pentadbiran diraja itu menyaksikan peluasan hak asasi wanita termasuk keputusan membenarkan mereka hadir dalam acara sukan serta memandu kereta bermula musim panas ini. Perubahan itu dianggap langkah […]

Suspek kes liwat maahad tahfiz disambung reman

KUANTAN – Tempoh tahanan reman ke atas seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes gangguan seksual dan liwat di sebuah maahad tahfiz di Bukit Bayroute, di sini, dilanjutkan sehingga 26 Mac ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superitendan Kama Azural Mohamed berkata, permohonan bagi melanjutkan penahanan reman itu bagi meneruskan dan melengkapi […]

Deklarasi Sydney tekad gempur kegiatan pengganas di rantau Asia

SYDNEY: Para pemimpin negara-negara ASEAN dan Australia mengulangi pendirian dan komitmen mereka untuk memerangi ekstremisme tanpa sempadan dan berusaha bekerja lebih rapat antara satu sama lain untuk mencegah aliran pejuang pengganas asing ke rantau itu. Perkara mengenainya disimpulkan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan untuk pertama kalinya di Sydney pada Ahad. Dalam satu kenyataan […]

Tugas suri rumah 2.5 kali lebih teruk berbanding kerja sepenuh masa

KAJIAN terkini membuktikan bahawa tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain. Tinjaun melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun. Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi,  lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari […]

Kesalahan sijil halal palsu hampir sifar

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) hampir berjaya mensifarkan kesalahan berkaitan sijil halal palsu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata akta itu yang menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972 telah membolehkan pengeluaran sijil halal diperkemas apabila hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) […]

Takziah, isteri kedua Opick meninggal dunia

WULAN Mayangsari, isteri Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih dikenali sebagai Opick telah meninggal dunia semalam. Ustaz Derry Sulaiman merupakan kawan kepada Opick memaklumkan, beliau mendapat kiriman Whats App dari Opick memberitahu bahawa isteri kedua penyanyi “Ubat Hati” tersebut telah meninggal dunia. Menurutnya lagi, Wulan meninggal dunia disebabkan mengalami masalah pengguguran kandungan semasa beliau sedang […]

Anak ‘dorong’ Saharul belajar mengaji

KUALA LUMPUR: Pelakon, Saharul Ridzwan, menegaskan tindakannya memuatnaik video beliau mengikuti kelas mengaji bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mengajak orang ramai sama-sama mendalami ilmu agama. Saharul, 29, mengaku pada awalnya beliau takut untuk berkongsi video sedemikian, bimbang dikatakan riak. “Begitupun, selepas dinasihati oleh guru saya, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, saya berani untuk berkongsi. Ustaz kata, […]

Datin dera amah, semakan semula hukuman Rabu ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan Rabu ini untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman dikenakan terhadap Datin Rozita Mohamad Ali, 44, yang mengaku bersalah mendera pembantu rumahnya. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad, ketika dihubungi media sebentar tadi. Beliau terdahulu memaklumkan bahawa notis perakuan segera difailkan hari ini di […]

Ikut media sosial saya meninggal 2 tahun lalu – Kazim Elias

KUALA LUMPUR – Terdapat segelintir pihak yang tidak suka kepada keamanan dan kesejahteraan negara yang akhirnya bertindak mewujudkan berita palsu, kata penceramah bebas Datuk Kazim Elias. Pendakwah bebas Datuk Kazim Elias berkata, golongan yang tidak suka kepada keharmonian boleh mengakibatkan negara tidak maju. “Tetapi ada segolongan manusia tidak suka yang baik-baik, tengok Melayu dengan Cina […]