Tiga suspek pengeboman masjid di Minnesota, ditahan
WASHINGTON – Tiga suspek kes serangan dan pemboman sebuah masjid di pinggiran Minneapolis, Amerika Syarikat, tahun lalu, akhirnya ditahan pihak berkuasa pada Selasa. Dalam satu kenyataan, pejabat pendakwaandi Springfield menyatakan, bahawa ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai Michael B. Hari, 47, Joe Morris, 22 dan Michael McWhorter, 29. Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga mereka menghadapi tuduhan memiliki […]
Status istimewa dua masjid London
LONDON: Dua masjid di London menerima status khas sebagai pengiktirafan kepentingan seni bina dan sejarahnya, menunjukkan pengiktirafan kerajaan Britain terhadap warisan budaya masyarakat Islam di negara itu. Masjid Pusat London ditadbir Pusat Kebudayaan Islam di Regent’s Park di tengah London dan Masjid Fazl di Southfields, disenaraikan sebagai bangunan Gred II oleh Jabatan Warisan Britain. Status […]
Suami mengaku buat panggilan palsu agar ditangkap khalwat dengan isteri
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku bersalah membuat panggilan aduan palsu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga membawa kepada tindakan tangkapan khalwat melibatkan dirinya dan isterinya. Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh, berkata, ‘drama’ itu dibuat pada Januari tahun lalu apabila Mohd Ridhuan Giman, membuat panggilan telefon kepada Pegawai Penguatkuasa Agama melaporkan bahawa telah berlaku […]
Negara jiran minat cara Tabung Haji urus jemaah
KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara jiran dalam memperkasakan lagi pengurusan urusan haji dan umrah rantau ini. Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, setakat ini tiga negara iaitu Indonesia, Filipina dan Kemboja sudah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan TH bagi memperkukuhkan pengurusan ibadat berkenaan di negara […]
Google, Facebook patut dikenakan cukai
PUTRAJAYA -Cukai patut dikenakan keatas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google dan Facebook (FB) dengan mengambil kira jana pendapatan menerusi platfrom pengiklanan digital di Malaysia. Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, mengikut prinsip keadilan cukai patut dikenakan keatas syarikat ini,namun mekanisme pelaksanaannya perlu diperhalusi dan dikaji dengan […]
Bayi maut tertinggal dalam kereta
BAYI perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat […]
Rakyat Malaysia guna 9.9 juta kad kredit
KUALA LUMPUR: Edaran kad kredit di negara ini, membabitkan 9.9 juta keping setakat Disember tahun lalu, disifatkan masih terkawal dan mengikut kadar kemampuan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata perangkaan itu merangkumi pengedaran 8.8 juta kad utama dan 1.1 juta kad tambahan. “Setakat tempoh sama, statistik menunjukkan kita mempunyai 3.7 juta pemegang kad […]
Melayu, lelaki paling ramai muflis
KUALA LUMPUR – Seramai 100,610 orang telah diisytiharkan muflis dalam tempoh empat tahun sejak 2013 hingga tahun lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 69.11 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita. Sebanyak 14.2 peratus yang telah dilepaskan daripada status muflis untuk tempoh yang sama. “Bagi tempoh 2013 […]
Suspek sering bawa balik pelajar tahfiz
KUANTAN: Suspek yang didakwa melakukan penderaan seksual termasuk meliwat pelajar sebuah maahad tahfiz swasta di sini, sering membawa remaja yang tinggal di asrama pulang ke rumahnya tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pengetua dan pemilik maahad di Bukit Bay Route itu berkata, seorang tenaga pengajar di situ pernah melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang […]
21 pelajar tahfiz mangsa dera seksual
KUANTAN: Seorang guru sebuah maahad tahfiz di sini, membuat laporan polis mendakwa seramai 21 pelajarnya didera secara seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan kepada maahad berkenaan. Menurut sumber, guru berusia 22 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin selepas pelajar yang menjadi mangsa mengadu kepadanya. […]