Rindu pada suami tak pernah pudar
SHAH ALAM 8 Mac – Perasaan rindu pada suaminya, Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang tanpa jejak bersama 238 mangsa yang lain tidak pernah sedikit pun pudar meskipun kehilangan itu sudah empat tahun berlalu. Bagi Intan Maizura Othman, walaupun reda dengan ketentuan Allah SWT, kehilangan orang tersayang dalam keadaan sedemikian […]
Polis tahan lelaki dipercayai pecah tabung masjid
SUNGAI SIPUT – Polis menahan seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk tiga buah masjid di Felda Lasah di sini hari ini. Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang diberkas itu dipercayai merupakan suspek utama yang memecah masuk Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Lasah dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Rozemi Ismail […]
Sebar berita palsu boleh jadi munafik
KUALA LUMPUR: Perbuatan menyebarkan maklumat palsu boleh meletakkan seseorang individu Islam menjadi munafik. Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir meminta masyarakat mengamalkan prinsip ‘taabayun’ atau membuat siasatan terlebih dulu terhadap maklumat yang diterima sebelum ia disebarkan. Dalam Islam, beliau berkata, al-Quran sememangnya meletakkan satu prinsip […]
MB nafi tawar pakej haji, umrah RM5,000
SEREMBAN 8 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menafikan beliau mempunyai kaitan dengan skim menawarkan pakej haji dan umrah berharga RM5,000 kepada orang ramai. Menurut beliau, terdapat pihak tertentu yang berniat menipu dengan menganjur pakej ibadah tersebut menggunakan logo ‘#teamTokMat’. “Saya nak menyatakan bahawa saya tidak ada kaitan langsung dengan skim […]
Pusat Wakaf MAIWP jana ekonomi
Urus, tadbir dana wakaf untuk kepentingan umat Islam KUALA LUMPUR 8 Mac – Wakaf cukup sebati dengan umat Islam kerana amalan berwakaf telah wujud sejak zaman permulaan Islam apabila Rasulullah SAW menyuruh Saidina Umar RA mewakafkan tanahnya di Khaibar dan Nabi sendiri turut mewakafkan perkebunan Mukhairik, yang telah menjadi milik Baginda setelah terbunuhnya Mukhairik ketika […]
Nabil bawa peminat ke Makkah
SEMPENA 10 tahun pembabitannya dalam bidang seni tanah air, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 35, merancang untuk membawa peminatnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Ramadan tahun ini. Menurut pengacara Meletop itu, dia juga mahu berkongsi rezeki dengan peminat setia yang tidak pernah jemu menyokongnya selama ini. “Ini adalah hadiah istimewa untuk mereka […]
Tawaran tempat untuk pelajar tahfiz di UiTM
KUBANG PASU 8 Mac – Sebagai usaha untuk mingkatkan taraf pendidikan masyarakat Melayu dan Bumiputra, Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus memainkan peranannya dengan menawarkan tempat pengajian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut Rektor UiTM Merbok, Kedah, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid, peluang itu turut dibuka kepada lepasan SPM serta pelajar tahfiz yang tidak […]