MPI akan persembah resolusi kepada Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 resolusi bersama 67 inisiatif yang diputuskan menerusi wacana dan multaqa Majlis Perundingan Islam (MPI) akan disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja Melayu bagi mendapatkan perkenan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan untuk menjadikan MPI sebagai sekretariat tetap di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) juga […]

Pengajaran bermakna, saya minta maaf…

“SAYA bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan.” Demikian kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari jadinya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan di sini, Isnin lalu, yang mencetuskan kontroversi. Neelofa yang memuat naik status di Instagram, hari ini […]

Neelofa, tetamu pelancaran tudung, langgar Akta Jenayah Syariah

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Neelofa bersama penganjur dan tetamu pelancaran tudung, yang diadakan dalam sebuah kelab malam pada Isnin lalu, boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997). Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata Neelofa dan mereka yang terbabit dalam majlis itu boleh didakwa mengikut Seksyen 7 akta […]

AS tawar pasaran fesyen patuh syariah

AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan segmen pasaran yang khusus kepada pereka fesyen Malaysia untuk memanfaatkan produk patuh syariah mereka. Susulan peningkatan jumlah golongan wanita muda Islam yang berpendidikan dan peka kepada fesyen di AS, pereka fesyen dari Malaysia, Turki, Indonesia, India dan negara-negara lain telah meneroka peluang perniagaan di sana. Tahun lalu, pereka fesyen wanita dari […]

Terima pampasan dipaksa buka tudung

BANDAR raya New York bersetuju membayar pampasan AS$180,000 (RM706,000) kepada tiga wanita Islam yang dipaksa polis menanggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil. Setiap wanita menerima AS$60,000 (RM235,000) selepas penyelesaian dimuktamadkan di mahkamah persekutuan Brooklyn awal minggu ini, kata peguam mereka, Tahanie Aboushi, dipetik AFP. New York Times melaporkan, tiga kes itu berlaku pada 2012, […]

Duta Arab Saudi hargai usaha NGO Malaysia

KUALA LUMPUR: Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussin Qattan, meraikan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia pada majlis makan tengah hari di sini, hari ini. Majlis khas kendalian Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF) yang diadakan di Istirahah, kemudahan menyambut tetamu Kedutaan Arab Saudi di sini, itu dihadiri lebih 50 wakil pelbagai NGO Islam. […]

Hibah bantu selesai pertikaian pusaka

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah amalan hibah memberi manfaat, terutama dalam menyelesaikan beberapa pertikaian berkaitan harta pusaka. Titah baginda, hibah memudahkan urusan perpindahan milik dan ia hendaklah dilihat sebagai salah satu kaedah pelengkap kepada sistem pengurusan pengagihan harta. “Hibah membolehkan seseorang Islam menetapkan agihan hartanya ketika dia masih hidup, yang dapat menghindarkan […]

Penghargaan ini seperti menang anugerah di Oscar – Sirhajwan Idek

KUALA LUMPUR: Guru kelahiran Sabah, Sirhajwan Idek, 30 tahun, berjaya memecah rekod Malaysia apabila menjadi guru pertama dicalon sekali gus dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Award for Citizenship Global Educational Supplies and Solutions (GESS) semalam di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu. Beliau menewaskan finalis dari tujuh buah negara lain seperti Emeriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, […]

Letakkan al-Quran dan Sunnah sebagai paksi kehidupan – Sultan Terengganu

KUALA BERANG: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam meletakkan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai paksi kehidupan seharian. Baginda bertitah, kehidupan umat Islam akan lebih bermakna kerana semua aspek kehidupan yang dilalui setiap masa dan ketika adalah cerminan dari maksud dan saranan Al-Quran. “Aspek-aspek kehidupan ekonomi, politik dan juga masyarakat telah dihurai secara menyeluruh […]

8 peserta Manhajj Mutawwif diperkenal

KUALA LUMPUR 1 Mac – Lapan peserta bagi rancangan realiti televisyen terbaharu, ‘Manhajj Mutawwif’ yang akan disiarkan di Astro Oasis bermula 15 Mac ini diperkenalkan dalam satu sidang akhbar di Restoran Ikhwan Bukit Bintang, di sini hari ini. Mereka ialah Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki, 27; Zeinal Abidin Abdul Hakam, 27; Ahmad Syafik Samat, 35; […]