Penduduk Sundang Darat Batu Sapi terima sumbangan
SANDAKAN, 23 Feb — Seramai 60 penduduk kurang berkemampuan di Kampung Sundang Darat Batu Sapi dekat sini menerima sumbangan menerusi Program Sentuhan Kasih Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, hari ini. Ia bersempena penganjuran Program Sehati@ RTM ‘Bagus Bah’ yang diadakan di Parlimen Batu Sapi selama dua hari bermula hari […]
Yangon lulus RM58 juta
PENGGUBAL undang-undang Myanmar telah meluluskan belanjawan ketenteraan hampir AS$15 juta (RM58 juta) untuk membina pagar di sepanjang sempadan yang memisahkan Bangladesh dan negeri Rakhine. Kawasan itu sering dijadikan laluan bagi etnik Rohingya melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar ke Cox’s Bazar di Bangladesh. Ahli Kongres, Myo Zaw Aung berkata rang undang-undang itu diperkenalkan kelmarin kepada […]
Perlu sedar risiko pinjam along
KUANTAN: Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun ada pelbagai alasan menyebabkan mereka terdesak berbuat demikian, perkara itu perlu difikirkan sedalam-dalamnya oleh peminjam supaya tidak terjadi ‘sudah terhantuk baru terngadah’. “Perkara […]
Isu kaum, agama tiada masalah di Sabah: KM
PAPAR: Kerajaan negeri hari ini membidas tindakan pembangkang yang cuba mengapi-apikan isu perkauman untuk menarik sokongan rakyat di Sabah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata tindakan itu tidak boleh diterima dan harus dihentikan kerana ia bukan budaya atau amalan masyarakat negeri ini yang sememangnya terkenal dengan toleransi kaum […]
OKU berpeluang mengerjakan haji percuma
BALING : Tiada perubahan ke atas kos mengerjakan haji oleh jemaah negara ini termasuk golongan orang kurang upaya (OKU). Namun, sekiranya golongan itu benar-benar tidak berkemampuan, Tabung Haji ada program kebajikan khas untuk memberi peluang kepada golongan tersebut mengerjakan haji secara percuma. Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, untuk […]
Hafiz pilih lagu Islamik
SUBANG JAYA: Penyanyi, Hafiz Suip, memilih genre Islamik untuk single terbaru beliau bagi mengimbangi kerjaya seninya agar tidak terlalu tertumpu kepada muzik kontemporari. Kata penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano itu, beliau bukanlah beralih sepenuhnya kepada muzik kerohanian, sebaliknya sebagai artis beliau perlu juga melakukan sesuatu untuk ‘saham akhirat’. “Saya masih lagi belajar dan […]
MAIJ pertama agih kutipan baitulmal kepada bukan Islam
JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) muncul majlis agama pertama di negara ini mengagihkan hasil kutipan baitulmal kepada bukan Islam dengan peruntukan RM500,000 sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, ‘Alim Abdul Shukor, berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi Program Bantuan Kemanusiaan Sejagat (Bantuan Kebajikan kepada Pesakit Bukan Islam) di sembilan hospital kerajaan negeri […]
Pelajar lega UniMap izin jaga adik hidap barah
PARIT 25 Feb. – Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMap) Muhammad Iqbal Shah Zakaria, 29, bersyukur dan lega apabila UniMaps meluluskan permohonannya untuk penangguhan pengajian bagi menjaga adiknya yang menghidap barah kelenjar tahap empat. Menurutnya, berita itu dimaklumkan secara terus kepadanya semalam setelah pihak UniMaps membuat pertimbangan yang sewajarnya. Katanya, perkhabaran yang sememangnya dinanti-nantikannya itu […]
Rak makanan di masjid, sebar konsep kongsi rezeki bersama
IPOH – Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Taman Tasek Jaya telah mengambil inisiatif berkongsi rezeki bersama penduduk yang memerlukan dengan menyediakan rak makanan di pekarangan masjid itu sejak dua bulan lalu. Pengerusi Masjid, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada sumbangan masjid dengan menyediakan keperluan makanan seperti tepung dan beras untuk mereka […]
Hukum menempatkan ibubapa di rumah orang tua
BAYAN LINNAS SIRI KE-127 : HUKUM MENEMPATKAN IBUBAPA DI RUMAH ORANG TUA Butiran Secara umumnya, kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah SWT: وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا […]