Free market YADIM di Baling

SUNGAI PETANI – Pada 18 Februari 2018 yang lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Ziarah Kasih “Free Market” untuk golongan asnaf di Kampung Sungai  Tembak B, Parit Panjang, Baling. Pada program itu, pelbagai jenis sumbangan orang ramai seperti pakaian, makanan dan keperluan yang lain telah dikumpulkan untuk diberi kepada golongan asnaf ini. […]

Umat Islam perlu ambil berat perpaduan ummah

SUNGAI PETANI – Masyarakat Islam perlu mengambil berat mengenai perpaduan ummah kerana ia merupakan tuntutan agama, kata pendakwah, Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Sembang Dakwah di Masjid Permatang Bogak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 Februari lalu yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menurutnya, dalam ajaran […]

Myanmar makin melampau

BANGKOK 23 Feb. – Selepas didakwa membakar perkampungan etnik Ro­hingya secara besar-besaran, kerajaan Myanmar dilaporkan bertindak meratakan kesemua rumah yang dibakar itu dengan jentolak mengakibatkan kawasan tersebut tidak ubah seperti ‘padang jarak padang tekukur’. Kumpulan hak asasi manusia mendakwa, kerajaan Myanmar berbuat demikian bagi ‘memusnahkan bukti penting’ terhadap kekejaman dialami etnik Islam Rohingya dalam satu […]

Pasport Malaysia ke-6 paling berkuasa di dunia

PUTRAJAYA – Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berada pada kedudukan keenam paling berkuasa di dunia berdasarkan Laporan Index Pasport 2018 yang dikeluarkan oleh firma perundingan kewangan global, Arton Capital yang berpangkalan di Montreal, Kanada. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Index Pasport merupakan rujukan mengenai semua pasport yang diberikan penarafan berdasarkan jumlah negara yang […]

Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun

KUALA LUMPUR – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah GG […]

Menara masjid dijadikan menara telekomunikasi

SEREMBAN – Semua menara masjid di negeri ini akan dijadikan sebagai menara telekomunikasi. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kebenaran tersebut bagi memudahkan kemudahan jalur lebar dapat diberikan secara menyeluruh termasuk di luar bandar. Katanya, kemudahan jalur lebar secara percuma akan dilaksanakan di seluruh negeri ini bagi mengurangkan jurang perbezaan antara masyarakat bandar dan […]

Tiada akta khas berkaitan doula – Hilmi

BALIK PULAU 23 Feb. – Tiada sebarang akta khas akan diperkenalkan bagi menyekat penggunaan perkhidmatan ‘doula’ atau ‘peneman bersalin’ buat masa ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pada masa yang sama, pihaknya juga tidak pernah membenarkan perkhidmatan tersebut dilaksanakan di negara ini. Katanya, ketika ini, semua kemudahan untuk bersalin termasuk hospital […]

MyWakaf bakal dilaksanakan

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kementerian Pendidikan Tinggi akan mewujudkan tabung MyWakaf untuk setiap pelajar di universiti awam dalam masa terdekat. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelaksanaan MyWakaf dapat membudayakan sifat menabung sambil menderma serta membolehkan pelajar menjadi penyumbang dalam struktur wakaf walaupun dalam jumlah yang sedikit. “Universiti Putra Malaysia (UPM) akan […]

AS isytihar perang dengan negara Islam dan Arab – Hamas

TEBING BARAT: Penduduk Palestin meluahkan kemarahan susulan laporan Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dalam masa beberapa bulan lagi. Palestin menuntut bahagian timur bandar raya itu sebagai ibu negaranya, dan tindakan Presiden Donald Trump turut membangkitkan kemarahan pemimpin politik dan agama Arab seluruh rantau itu. “Ini langkah yang tidak boleh diterima. […]

AS pindah kedutaan Mei ini

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei depan sempena ulang tahun ke-70 ‘penubuhan’ Israel, menurut pegawai kerajaan, semalam. Tarikh tersebut bagaimanapun lebih awal daripada yang diumumkan Timbalan Presiden, Mike Pence ketika berkunjung ke Tel Aviv yang mana beliau memaklumkan kedutaan tersebut kononnya […]