Amin Idris terjun bidang nyanyian
AMIN Idris bukan nama asing dalam bidang pengacaraan tempatan. Menjadi antara pengacara prominent, figura ini berdiri satu aras sebaris nama-nama besar dalam bidang tersebut. Tahun ini, pengelola program Tazkirah Malam Jumaat itu membuat kejutan apabila merancang untuk terjun ke dalam bidang nyanyian. Perancangan itu diumumkannya dalam satu sesi wawancara yang diadakan di pejabat Utusan Malaysia […]
Buang tatu secara percuma untuk mualaf
KUALA TERENGGANU – Prihatin dengan masalah yang dihadapi kalangan mualaf, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Terengganu, dengan kerjasama Pusat rawatan kecantikan, Estetika Medispa cawangan Kuala Terengganu di sini menawarkan perkhidmatan pembuangan tatu secara percuma kepada mereka menerusi kaedah laser. Pengerusi Perkim Negeri Terengganu, Prof Dr Ramle Abdullah berkata, keprihatinan dan semangat kebajikan di kalangan […]
‘Bila nak laksanakan pengambilan amah tanpa ejen?’ – MAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) berharap kerajaan memperjelaskan kenapa cadangan pengambilan pembantu rumah asing tanpa melalui ejen yang sehingga kini masih belum dilaksanakan walaupun ia terkandung dalam Bajet 2018. Presidennya, Engku Fauzi Engku Mohsein berkata, setakat ini, majikan di Malaysia masih bergantung kepada pihak agensi pembantu rumah asing untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja […]
Taliban mahu damai, AS perlu keluar
KABUL 15 Feb.- Kumpulan Taliban, dalam satu mesej luar biasa kepada Amerika Syarikat (AS) semalam, menegaskan hasrat untuk menamatkan konflik Afghanistan yang berlarutan selama 17 tahun melalui rundingan. Mereka juga memberi amaran bahawa mesej itu bukannya menunjukkan kelemahan Taliban sebaliknya akan tetap meneruskan penentangan terhadap AS. “Keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan konflik di negara ini […]
Polis mahu PM Israel didakwa
BAITULMUQADDIS – Polis Israel kelmarin menyarankan supaya Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu didakwa atas tuduhan rasuah, pengumuman yang menggemparkan senario politik tempatan dan menimbulkan persoalan sama ada tampuk pemerintahan beliau sebagai akan berakhir. Netanyahu yang menjawat jawatan Perdana Menteri selama hampir 12 tahun, berucap kepada rakyat Israel ketika berita mengenainya didedahkan. Dalam ucapannya, Netanyahu menafikan semua […]
Calon Datuk Bandar Islam pertama dakwa terima ugutan bunuh
WASHINGTON 16 Feb. – Calon wanita yang bakal bertanding untuk jawatan Datuk Bandar Rochester, di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) didakwa menerima ancaman bunuh secara dalam talian. Regina Mustafa berkata, ugutan untuk membunuhnya dilakukan oleh Gerakan Militia, awal minggu ini. “Saya tidak tahu sama mereka berada berhampiran atau di seluruh negara. Bagaimanapun, ia tidak akan […]
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah
MELAKA: Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, angka itu dilihat belum berada di tahap membimbangkan tetapi beliau mahu usaha digembleng bagi membanteras pembabitan penagih baharu terutamanya seawal usia sekolah rendah. Beliau yang juga Yang […]
612 pusat tahfiz berdaftar akan terima CCTV
PUTRAJAYA: Sejumlah 612 Pusat Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara bakal menerima Kamera Litar Tertutup (CCTV) menerusi Yayasan Taqwa dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dilakukan secara berperingkat seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Khas Sekolah Tahfiz, hari ini. Jelasnya, ini […]
Adam Corrie sambut Tahun Baharu Cina
BERGELAR mualaf tidak pernah menjadi halangan buat pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Malah, semua ahli keluarganya menerima Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad dengan hati terbuka. “Saya dan isteri masih balik ke Taiping, Perak untuk sambu Tahun Baharu Cina, setiap tahun. “Biasanya, kita balik sehari atau dua hari awal bergantung […]
Provokasi: Namewee tidak terlepas tindakan
PUTRAJAYA 15 Feb. – Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa sekiranya tindakan dikenakan ekoran video terbarunya yang sekali lagi menimbulkan provokasi terhadap sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, keharmonian masyarakat Malaysia sepatutnya diterjemahkan dengan rasa saling […]