Gabungan global berikrar sekat perkembangan pengaruh Daesh
KUWAIT CITY 14 Feb – Gabungan Global Menentang Daesh, yang merupakan kerjasama antarabangsa bagi menghapuskan keganasan, berikrar untuk menyekat peningkatan jumlah pengganas dan dana yang membiayai kumpulan militan itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, berkata perkara itu amat dititikberatkan dan sentiasa menjadi perhatian pihak Gabungan Global. “Sememangnya […]
Sekolah KITA untuk kanak-kanak pelarian Syria
BANGI 14 Feb. – Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) menubuhkan pusat bimbingan alternatif percuma bagi memberikan perkhidmatan pendidikan akademik holistik kepada lebih 80 kanak-kanak pelarian Syria berusia lima hingga 12 tahun di negara ini. Pusat yang dikenali sebagai Pusat Bimbingan Alternatif CSM atau Sekolah KITA merupaka alternatif pendidikan yang ketiga dibuka oleh Cinta Syria Malaysia […]
Myanmar belum selamat untuk Rohingya: PBB
NEW YORK (PBB) 14 Feb. – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, Filippo Grandi, berkata Myanmar masih gagal memenuhi tahap keselamatan diperlukan bagi menyambut ketibaan 688,000 pelarian Rohingya. Grandi berkata demikian pada mesyuarat Majlis Keselamatan (UNSC) menerusi sidang video dari Geneva. “Biar saya jelaskan: situasi tidak cukup kondusif untuk melaksanakan program penghantaran pulang secara […]
Tamimi, yang menampar tentera Israel, dibicarakan
TEBING BARAT14 Feb. – Perbicaraan remaja perempuan Palestin, Ahed Tamimi, yang ditahan selepas menyepak dan menampar tentera Israel, dibuat secara tertutup oleh mahkamah tentera Israel pada Selasa. Tamimi menghadapi 12 dakwaan termasuk menyerang anggota tentera dan mendatangkan kekerasan. Bagaimanapun, keluarga Tamimi mahukan perbicaraan dijalankan secara terbuka. Individu dewasa yang didapati bersalah menyerang anggota tentera boleh dijatuhkan […]
Hakim arahkan pesalah hafaz ayat al-Quran kerana hina Maryam
TRIPOLI 14 Feb – Seorang hakim wanita beragama Kristian di Tripoli, Jocelyn Matta, telah menghukum tiga orang pesalah beragama Islam supaya menghafaz ayat Al-Quran atas kesalahan mereka menghina Maryam, ibu Nabi Isa. Berbeza dengan hukuman yang biasa dijatuhkan oleh seseorang hakim, seperti penjara atau denda, Jocelyn mengarahkan tiga orang itu menghafaz ayat-ayat suci dari […]
Meriah rai tiga perayaan
KUALAPILAH 14 Feb – Biarpun sudah bertukar agama, wanita mualaf dari daerah ini, Nur Hafizatun Nisa Sin Abdullah, 26, dan suami, Mohd Hafizie Ram li, 30, tetap meraikan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga dalam suasana meriah. Bukan saja perayaan itu, malah wanita berkenaan turut meraikan Deepavali berikutan ibu bapanya berkahwin campur. Nur Hafizatun berkata, […]
Tetap raikan Tahun Baharu Cina walaupun berbeza agama
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Menganut agama Islam bukanlah penghalang bagi saudara baharu meneruskan tradisi bersama keluarga tercinta untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Rustam Leong Wei Yoong, 33, berkata, ikatan kekeluargaan tidak pernah putus walaupun dia tekad membuat keputusan untuk memeluk agama Islam empat tahun yang lalu. “Tahun ini kami sudah berbincang untuk makan besar […]
Kitab ala Tajul Muluk rujukan penceroboh
LAHAD DATU 14 Feb. – Jadual khas mengandungi strategi dan perancangan menyerang anggota keselamatan, antara pelbagai barangan milik pengganas yang dipamerkan dalam sebuah galeri di Pos Kampung Tanduo. Ia dipercayai dirancang oleh anggota pengganas Sulu berdasarkan pelbagai simbol pada buku menyerupai kitab lama ala Tajul Muluk yang ditemui di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo […]
Jakim ‘dihalang’ sahkan identiti Sajat?
PETALING JAYA 14 Feb. – Selepas hampir sebulan, keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ‘dihalang’ untuk meneruskan prosedur berkenaan. Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan […]
Kempen undi rosak haram – Mufti Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 14 Feb – Umat Islam perlu sedar bahawa tindakan seseorang merosakkan undi pada mana-mana pilihan raya umum (PRU) hukumnya haram. Selain itu, menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tindakan umat Islam yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi, juga hukumnya haram. “Kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram […]