Fabrik tudung berkualiti mudahkan pergerakan atlet

JENAMA pakaian sukan terkemuka dunia, Nike menyediakan tudung khas bagi wanita Muslim yang aktif bersukan dikenali sebagai Pro Hijab. Rekaan tersebut merupakan penghargaan kepada wanita yang menginginkan keselesaan sepanjang melakukan aktiviti sukan terutamanya atlet wanita Muslim. Nike berjaya memasarkan produk itu pada Disember lalu. Inspirasi untuk mengeluarkan rekaan tudung terhasil apabila atlet Muslim meluahkan kesukaran […]

Pemberontak Syria dihujani bom

ERBIN, Syria – Jet-jet pejuang rejim Syria terus mengebom Ghouta Timur menyebabkan jumlah kematian akibat serangan selama empat hari di kawasan pemberontak di pinggir Damsyik meningkat kepada 229 orang. Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, pengeboman tersebut merupakan serangan udara terbesar oleh kerajaan sejak 2015. “Dalam tempoh empat hari, 229 orang terbunuh di kampung-kampung […]

Pahang catat peningkatan kutipan zakat harta tahun lalu

KUANTAN 9 Feb. – Pahang mencatatkan peningkatan kutipan zakat harta iaitu RM11.3 juta untuk jumlah keseluruhan, RM126.6 juta pada tahun lalu berbanding RM115.3 juta tahun sebelumnya. Peningkatan itu juga berdasarkan kepada peningkatan jumlah pembayar iaitu 83,169 orang (2017) berbanding 80,184 orang untuk tahun 2016. Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md […]

Dialek Hulu Terengganu dipengaruhi kedatangan Islam?

KUALA TERENGGANU 9 Feb.- Apakah yang mempengaruhi keunikan dialek Kuala Berang atau Hulu Terengganu yang menjadi pertuturan masyarakat di daerah itu? Ia suatu yang sangat berbeza dengan loghat Terengganu yang kedengaran di daerah-daerah lain, yang lebih diketahui umum sebagai pengenalan identiti rakyat dan negeri ini. Ada teori yang mengatakan ia dialek paling tua dan asli […]

Penjelasan TH pengiraan hibah

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak mengubah kaedah pengiraan hibah atau bonus kepada pendepositnya seperti didakwa pihak tertentu. TH memaklumkan pengiraan hibah bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan, iaitu kaedah sama digunakan bagi mengira hibah untuk tahun terdahulu. Katanya, pendeposit boleh menyemak pengkreditan hibah TH 2017 bermula […]

Lebih ramai penggiat seni veteran akan dihantar menunaikan umrah – Rizal Mansor

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Lebih ramai penggiat seni terutama golongan veteran akan dihantar ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, kata Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor. Katanya, Yayasan Perdana Ummah akan memastikan usaha ini berterusan susulan kejayaan menghantar seramai 23 penggiat seni antaranya Hamid Gurkha, Aida Agil, Baharuddin Kahar dan ramai […]

Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

KUALA LUMPUR 9 Feb – TIDAK tahan dengan cemuhan netizen, penyanyi wanita kacukan Perancis-Syria ini nekad tarik diri dari rancangan realiti antarabangsa, The Voice, hari ini. Sebelum ini, Mennel, 22, telah dicemuh oleh netizen selepas beberapa status di Twitternya pada dua tahun lalu dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan. Peserta berhijab pertama itu telah mengumumkan penarikan […]

Wartawan siasat pembunuhan ditahan kerajaan Myanmar

NAYPYIDAW 9 Feb. – Myanmar menahan dua wartawan yang sedang menyiasat pembunuhan beramai-ramai melibatkan etnik Rohingya yang dijalankan oleh tentera kerajaan. Menurut BBC, Wa Lone dan Kyaw Seo Oo berhadapan dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) Myanmar. Agensi berita terlibat mengatakan wartawan mereka memperoleh bukti 10 etnik Rohingya dibunuh oleh tentera di Rakhine tahun lepas. […]

Pakistan haramkan tema Hari Valentine

ISLAMABAD 9 Feb. – Mahkamah di Pakistan mengharamkan stesen radio dan syarikat penyiaran lain diharamkan daripada menyiarkan program bertemakan Hari Valentine. Al-Jazeera mengatakan perkara tersebut diumum agensi media kerajaan Pemra semalam. Hari Valentine atau Hari Kekasih yang dinamakan sempena ikon beragama Kristian, Saint Valentine yang kononnya terkorban demi cinta selalu dijadikan tema khas pada 14 […]

Seorang maut, 37 cedera bom meletup dalam masjid

BENGHAZI 9 Feb. – Seorang maut manakala 37 lagi cedera dalam dua kejadian letupan bom dalam sebuah masjid di bandar ini yang terletak di timur Libya hari ini. Menurut penduduk tempatan, letupan itu berlaku semasa solat Jumaat dan pihak tentera memaklumkan bom berkenaan dipercayai diletupkan menggunakan telefon bimbit. Dua minggu lalu kira-kira 35 orang terkorban […]