Haram, berdosa sebar berita tanpa usul periksa
SHAH ALAM 6 Feb. – Amalan menyiasat kebenaran sesuatu berita yang disampaikan sememangnya telah ditekankan dalam al-Quran. Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Fiqh Kontemporari, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, haram dan berdosa jika seseorang itu menyebarkan atau menerima sebarang berita palsu tanpa sebarang usul periksa. “ALLAH SWT […]
Majlis Dakwah Negara- YADIM anjur Konvensyen Rakyat
PUTRAJAYA 6 Feb. – Majlis Dakwah Negara- YADIM akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Menelusuri Akar Umbi ke Arah Perpaduan Ummah sebagai kesinambungan kepada penganjuran Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang telah diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2017 lalu di Hotel Marriott Putrajaya dan Multaqa Ilmuwan Dan Profesional Pahang pada 19 […]
Wanita Dan Keluarga Islam
Judul Buku: Panduan Hidup Wanita Dan Keluarga Islam Penulis: Saodah Abd. Rahman Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sebuah buku yang mengetengahkan persoalan yang berlaku di dalam kehidupan muslimah dan permasalahan yang bersangkutan dengan isu-isu semasa seperti masalah perceraian, perkahwinan, kebersihan dan pelbagai isu yang berkaitan dengan kesejahteraan ummah. Masalah-masalah yang berlaku ini sekiranya tidak […]
Dia yang bergelar wanita
Dia tidak pernah lupa asal-usul. Katanya, sebagai wanita atau orang yang dilahirkan di luar Amerika, anda harus menjadi lebih pintar daripada orang lain. “Anda harus bekerja keras untuk berjaya di negara ini. Jika anda mahu mencapai tahap tertinggi dalam sesebuah syarikat, ia hanya boleh menjadi kenyataan di Amerika,” katanya. Wanita yang senantiasa memakai sari sewaktu […]
Anak Saddam Hussein dalam senarai paling dikehendaki
DUBAI 5 Feb. – Perkhidmatan keselamatan Iraq telah mendedahkan “senarai 60 individu paling dikehendaki” oleh negara itu pada Ahad, yang turut menyenaraikan Raghad, anak perempuan sulung Saddam Hussein, lapor agensi berita China Xinhua. Kesemua 60 individu itu dikehendaki kerana disyaki menganggotai kumpulan militan Daesh, al-Qaeda atau Parti al-Baath. Menurut saluran TV Al Arabiya milik Arab […]
Perkahwinan sejenis penentu pilihan raya umum?
COSTA RICA 5 Feb. – Perkahwinan sejenis menjadi antara faktor penentu kemenangan calon pilihan raya umum di Costa Rica. Presidennya, Luis Guillermo Solis ketika bertemu wartawan antarabangsa selepas mengundi menegaskan Costa Rica perlu membenarkan perkahwinan sejenis. Calon Evangelical, Fabricio Alvarado sebelum ini membantah kebenaran itu yang menjadi bahan kempen pada pilihan raya umum kali ini. Daripada […]
Anugerah Ibu Mithali
Salah satu kunci keluarga sakinah adalah adanya rasa cinta dan kasih sayang di antara ahli keluarga bermula daripada ikatan pernikahan yang dibangun di atas semangat saling membahagiakan mengikut ketetapan agama. Al-Quran menggariskan salah satu tujuan pernikahan adalah untuk menciptakan keluarga sakinah, mawaddah warahmah antara suami dan isteri bersama anak-anaknya. Firman Allah SWT: “Dan di antara […]
Mapim kerah NGO Asean tangani isu Rohingya
SHAH ALAM 5 Feb. – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sedang menggerakkan jaringannya bersama NGO daripada negara-negara Asean bagi memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Myanmar. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, inisiatif baharu itu dilaksanakan dengan mengerah NGO-NGO di negara Asean untuk bersama-sama meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terhadap isu kemanusiaan melibatkan etnik Rohingya. […]
Hormati perlambangan haiwan masyarakat Cina – Jakim
PUTRAJAYA 5 Feb. – Semua pihak perlu menghormati perlambangan haiwan yang digunakan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 dan 17 Februari ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha, berkata perkara berkenaan merujuk kepada konsep fiqh ta’ayush (kebersamaan), sekali gus semua pihak perlu sentiasa mengekalkan keharmonian antara kaum. […]
Jangan bergantung pada air jampi
SEREMBAN 5 Feb. – Penggunaan air jampi yang bertujuan melembutkan hati anak yang degil tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan unsur bertentangan dengan agama Islam. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad bagaimanapun menasihati masyarakat khususnya umat Islam supaya tidak terlalu bergantung kepada penggunaan air jampi atau penawar untuk mendidik anak. “Kebiasaannya orang akan […]