Jongkong emas, Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yapeim
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Hadiah lumayan berupa 2,233 jongkong emas dan 10 buah Perodua Myvi menanti pelanggan bertuah Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, cabutan bagi penerima jongkong emas seberat satu gram akan dilaksanakan secara bulanan mulai 1 Mac hingga 31 Disember. Bagi hadiah […]
Masjid Syed Alwi dibina dengan campuran putih telur, pasir
KEUNIKAN Masjid Alwi di sini bukan sahaja terletak pada keindahan seni binanya yang mempunyai ciri-ciri Mogul tetapi juga penggunaan bahan utama dalam pembinaan masjid iaitu campuran putih telur dan pasir. Justeru, tidak hairanlah masjid berkenaan yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Negara awal bulan ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan kerana bukan mudah mahu […]
Mira Filzah bimbang adik-adik jadi pembuli
PELAKON Mira Filzah meluahkan kebimbangan terhadap gejala buli siber yang semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkata dia khuatir jika gejala tersebut tidak dibendung dan menjadi semakin parah. “Saya bimbang dengan gejala buli siber yang menjadi-jadi terutamanya di alam maya. Kebanyakan pembuli ini adalah adik-adik yang […]
Jangan putus doa, ya bang
PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap anak sulungnya, Mohamad Danish Hakim, 15, yang kini berada di Turki bagi menduduki peperiksaan akhir hafazan. Danish berangkat ke negara itu, Khamis lalu, adalah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta. Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 41, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia […]
Luahan kesyukuran
ORANG berbudi kita berbahasa. Begitu prinsip aktor Harun Hashim apabila mengenang dirinya yang tiada apa-apa boleh diberi peluang menunaikan umrah, sekali gus meningkatkan ibadahnya pada Yang Maha Esa. Sebagai insan seni, Harun berpegang pada falsafah faham, rasa dan keluar. “Saya faham apabila nama tersenarai sebagai jemaah penggiat seni, saya rasa ia begitu menyentuh jiwa lalu […]
Bayi perempuan enam bulan meninggal dunia dipercayai didera
TAIPING 6 Feb. – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai didera meninggal dunia di Hospital Taiping di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, bayi tersebut, Nur Khayra dihantar ke hospital oleh ibu bapanya pada Jumaat lalu kira-kira pukul 6.30 petang selepas didapati tidak sedarkan diri setelah jatuh dari buaian. […]
Polis cari wanita edar kopi durian bercampur dadah secara percuma
GEORGE TOWN 5 Feb. – Seorang wanita yang mengedarkan kopi pracampuran yang disyaki mengandungi dadah secara percuma di sekitar Jelutong di sini diminta tampil bagi memberi keterangan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar pada sidang akhbar sebentar tadi berkata, keterangan wanita berketurunan Cina berusia 40-an itu dianggap penting bagi […]
Usah zalimi pihak lawan
KANGAR 6 Feb. – Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti, umat Islam dinasihatkan tidak melanggar larangan agama sehingga perjuangan ketika PRU menjadi satu dosa. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dalam kesibukan semua pihak berkempen untuk kemenangan calon ataupun parti yang disokong, kadang-kala ada yang terlupa bahawa terdapat hukum agama wajib dipatuhi. […]
Mangsa gangguan seksual derita dalam diam – Rohani
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Ancaman dan ugutan yang diterima mangsa gangguan seksual menyebabkan ramai di antara mereka tidak berani untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata situasi itu berlaku kerana ketika ini, tidak ada undang-undang khusus yang melindungi dan memberi keadilan kepada mangsa. Menurut […]
Pusat rawatan Islam atasi tagih dadah
KOTA BHARU 6 Feb. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berharap lebih banyak pusat rawatan Islam untuk mengatasi masalah penagihan dadah, diwujudkan di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin, berkata langkah itu dapat membantu pusat rawatan sedia ada dalam usaha berkenaan. Ketika ini, beliau berkata, hanya ada 17 pusat rawatan Islam di […]