Masjid diarah hentikan laungan azan Jumaat
BERLIN 3 Feb. – Sebuah masjid di barat laut Jerman mungkin tidak lagi dapat melaungkan azan ketika solat Jumaat dengan menggunakan pembesar suara selepas aduan difailkan oleh sepasang suami isteri diterima di mahkamah tempatan. Pasangan terbabit yang tinggal kira-kira 1 kilometer dari masjid itu, berpendapat azan berkenaan telah melanggar hak agama mereka sendiri. Dalam pada […]
43 tahun penjara serang jemaah masjid
LONDON 3 Feb. – Seorang warga Britain yang merempuh sekumpulan jemaah masjid selepas solat Tarawih di London hingga menyebabkan seorang terbunuh Ramadan lalu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam dengan tempoh minimum 43 tahun. Darren Osborne, 48, dari Cardiff, Wales, didapati bersalah membunuh Makram Ali, 51, dan cuba membunuh beberapa yang lain dalam kejadian di […]
Siasat mak nyah dibogel, pukul
BANDA ACEH 3 Feb – Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian mengarahkan siasatan berhubung penahanan 12 mak nyah di wilayah Aceh selepas wujud laporan mereka dibogel, dipukul dan dipotong rambut sebelum dibebaskan tanpa dakwaan. Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Syariah dan mengharamkan aktiviti homoseksual. Polis di Utara Aceh dilaporkan menyerbu beberapa salun […]
Penubuhan Jakim tepati Perlembagaan Persekutuan
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penubuhan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) adalah penuh berperlembagaan kerana menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, penubuhan Jakim sekali gus menunjukkan manifestasi bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan mengurus […]
PPIM rekod 9,355 kes pelbagai penipuan
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Sejumlah 9,355 kes membabitkan pelbagai penipuan direkodkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang tahun lalu menjadikannya antara jumlah tertinggi sepanjang penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak 20 tahun lalu. Ia merangkumi pelaburan, perumahan, kenderaan dan perkhidmatan dengan nilai lebih RM5 juta menerusi pelbagai kaedah termasuk pembiayaan daripada institusi kewangan, wang simpanan […]
Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017.
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Bandar Muar telah menunjukkan pelbagai perubahan sejak diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada November 2012. Terbaharu, Bandar Muar telah dipilih sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara selain Pulau Pinang dan Putrajaya. Majlis Perbandaran Muar (MPM) dinobatkan anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 […]
Penjawat awam alami krisis integriti
ALOR SETAR 3 Feb. – Kebanyakan penjawat awam menghadapi krisis integriti apabila sering kali dikaitkan dengan kes rasuah sehingga dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar, berkata situasi itu ternyata tidak sihat untuk institusi penjawat awam di Malaysia dan ia harus dibendung sebelum menjadi barah. Sehubungan itu, […]
Safiey bukan bodoh : Harry Zulkifli
BEKAS maknyah, Harry Zulkifli menegaskan bahawa sahabat baiknya, yang sama-sama berubah, Safiey Ilias bukanlah seorang yang bodoh untuk menggunakan agama semata-mata untuk mendapatkan publisiti sekali gus melariskan perniagaan. Ini kerana setelah mengumumkan untuk berubah namun kini Safiey dikatakan kembali berpakaian wanita, sehingga ada yang mengatakan Safiey sekadar berlakon. “Dengar cakap saya, saya ada dengan […]
Nazar suci 320 masjid
NAZAR seorang lelaki mengunjungi 320 masjid dengan berbasikal hampir berjaya dilaksanakan apabila dia kini sudah berkunjung 208 masjid dalam tempoh 55 hari sejak memulakan ekspedisi itu Disember tahun lalu. Nor Zairi Zainal, 33, berkata, dia bernazar demikian kerana berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat produksi setelah lama tidak mempunyai pekerjaan. “Saya pernah hidup susah sehingga […]
Atasi konflik bidang kuasa mahkamah syariah, sivil
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang oleh Pejabat Peguam Negara perlu mengambil pandangan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan peguam dan mufti bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata pihaknya menyokong penuh penubuhan bahagian itu yang dilihat mampu mengatasi konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah […]