Menguak rasa kehambaan di sebalik amalan rukyatulhilal
Oleh MOHAMAD FAIZAL JANI “ Akak, kita dah nak puasa ke?” tanya Upin. “Aah…esok atau lusa,” jawab Kak Ros. “Tapi kak, macamana kita nak tahu kita nak mula puasa?” tanya Upin. “Kenalah tengok anak bulan dulu. Kalau nampak, esok puasalah, kalau tak, lusalah puasa,” jawab Kak Ros. “Aik! Bulan ada anak?” tanya Upin minta kepastian. […]
‘Bukan Cinta Malaikat’ gagal angkat imej wanita Islam
Filem: Bukan Cinta Malaikat Pengarah: Aziz M. Osman Pelakon: Nora Danish, Fachri Albar, Ashraf Muslim, Donita, Dewi Irawan, Dynas Mokhtar dan Afida Es. Genre: Drama Durasi: 105 minit Pengedar: Empire Film Solution Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018 SEBAGAI salah seorang daripada mereka yang membesar dengan filem-filem arahan pengarah prolifik, Aziz M. Osman, penulis memang akui […]
Jiwa tenang di Makkah – Sahara Yaacob
MAKKAH: Penyanyi veteran, Sahara Yacob, 61, menangis teresak-esak sebaik menatap Baitullah ketika melakukan ibadat umrah di sini, malam kelmarin. Rasa sayu di hati Sahara turut menyelubungi 22 penggiat seni lain yang menyertai Program Umrah Penggiat Seni. Mereka tiba di kota Makkah untuk mengerjakan umrah, Isnin lalu selepas lima hari berada di Madinah. Sahara berkata, perasaan […]
Gelaran pengganas adalah “pingat kehormatan”- Haniyeh
GAZA 2 Feb. – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh bangga apabila namanya telah dimasukkan ke senarai Amerika Syarikat sebagai pengganas antarabangsa dan menyifatkannya sebagai “pingat kehormatan.” Haniyeh bercakap buat kali pertama sejak AS mengumumkan keputusan itu pada Rabu. Beliau memberi reaksi itu semasa mengadakan perhimpunan di Gaza City yang mengumpulkan beratus-ratus penyokong Hamas. Gelaran tersebut bagaimanapun […]
Anggota kanan AfD Jerman peluk Islam
LONDON 2 Feb. – Arthur Wagner, anggota kanan parti politik Jerman, Alternative for Germany (AfD), yang memeluk agama Islam, baru-baru ini berkata beliau berbuat demikian kerana tidak bersetuju dengan tindakan gereja mengiktiraf perkahwinan sesama jenis. Tahun lalu, parti AfD menjadi parti nasionalis pertama memenangi kerusi Parlimen Jerman sejak 1960-an yang kempennya banyak mengenai anti-Islam, malah […]
Lelaki didorong kebencian didapati bersalah rempuh kariah masjid di London
LONDON: Seorang lelaki yang menanam kebencian terhadap orang Islam selepas menonton drama mengenai jenayah seksual kanak-kanak melibatkan lelaki Asia, didapati bersalah di sebuah mahkamah di sini pada Khamis, kerana merempuh sekumpulan orang Islam pada Jun tahun lalu. Darren Osborne, 48 tahun, telah memandu sebuah van yang disewa dan merempuh ahli kariah di luar sebuah masjid […]
Pramugari Garuda patuhi arahan wajib pakai tudung
ACEH 2 Feb. – Syarikat penerbangan, termasuk syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia, Garuda, mula mematuhi arahan pihak berkuasa Aceh mewajibkan pramugari Islam memakai tudung. Menurut laporan media Indonesia, tinjauan semalam, mendapati pramugari Garuda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda Blangbintang, Aceh Besar, kelihatan bertudung. Tidak banyak perbezaan pada pakaian seragam pramugari Garuda selain hanya […]
Jangan kaitkan kami dengan kes Indira Gandhi – Izwan
SEPANG 2 Feb. – Seorang mualaf, Izwan Abdullah yang pernah menghadapi kes tuntutan penjagaan anak dengan bekas isterinya yang beragama Hindu, S. Deepa meminta orang ramai tidak mengaitkan kesnya dengan kes M. Indira Gandhi. Dalam satu laporan The Star, beliau berkata, kesnya sudah diselesaikan dengan cara yang baik oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu, dengan […]
Menteri Britain letak jawatan kerana datang lewat
LONDON 1 Feb. – Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Michael Bates meletak jawatan serta-merta selepas lewat datang ke sidang Parlimen, semalam. SCMP mengatakan Bates mendakwa dirinya ‘tidak mencapai standard’ kerajaan kerana datang lewat. “Saya sangat-sangat malu kerana tidak berada di tempat yang sepatutnya pada waktu saya diperlukan, jadi saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada […]
Polis cari lelaki bantu kes tipu pakej umrah ‘Kak Ton”
KUANTAN 1 Feb. – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang didakwa dilakukan seorang suri rumah, Zaiton Man, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton di Muadzam Shah, Rompin di sini.. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki tersebut , Mohd. Yusri […]