Aceh mahu pramugari bertudung

  Mereka yang ingkar peraturan baharu itu akan ditangkap polis syariah BANDA ACEH 31 Jan. – Sebuah wilayah Indonesia menyatakan semalam bahawa ia mengarahkan pramugari beragama Islam supaya memakai tudung ketika tiba di rantau berkenaan atau berdepan hukuman polis agama. Wanita Islam di Aceh, Pulau Sumatera, diwajibkan menutup aurat, manakala wanita bukan Islam pula dibenarkan […]

Arab Saudi, UAE turut sedia bantu Rohingya

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berminat untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya berikutan kejayaan Malaysia membina sebuah hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekali gus membuka peluang Malaysia untuk terus komited melaksanakan misi bantuan bersama negara lain dalam situasi […]

22 huffaz USIM ke wilayah konflik Syria

SERAMAI 22 mahasiswa Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) termasuk enam mahasiswi akan ke sempadan Turki-Syria di Reyhanli bagi menyantuni pelarian Syria di wilayah Hatay itu malam ini. Kumpulan huffaz al-Quran bersama seorang pensyarah itu akan ke Reyhanli bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) bagi memberikan […]

Yapeim buka cawangan Ar-Rahnu di Jakarta

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merancang untuk membuka lima cawangan yang menawarkan perkhidmatan mikrokredit Ar-Rahnu di Jakarta, Indonesia pada April ini. Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, usaha itu bertepatan dengan kehendak pasaran semasa yang menyaksikan permintaan pelanggan terhadap emas terus kukuh sambil dipacu […]

Raja Muda Perlis: Kembali kepada agama pupuk integriti

KANGAR 31 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu integriti dijadikan benteng terakhir ummah yang wajib diteliti dan diperhalusi bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti tinggi, sekali gus “mensejahterakan kita semua.” Malah baginda juga bertitah agar setiap rakyat sama-sama kembali kepada ajaran agama masing-masing bagi mencapai matlamat tersebut. “Bagi orang Islam sudah […]

Saudi sita lebih 400 bilion riyal dalam penyelesaian kes rasuah

RIYADH 30 Jan. – Arab Saudi sedang mengatur untuk merampas lebih 400 bilion riyal (RM411 bilion) dalam bentuk penyelesaian kewangan dengan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang ditahan berhubung operasi membanteras rasuah di negara ini, baru-baru ini. Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al Mojeb berkata, daripada 381 individu yang ditahan, sebanyak 56 orang masih […]

Meninggal ketika imamkan solat Zuhur

ALOR GAJAH 30 Jan. – Seorang imam Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam di sini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mengimamkan solat Zuhur di masjid itu di sini tengah hari tadi. Allahyarham Mohamad Hashim Kechik, 78, yang merupakan imam satu di masjid tersebut menghembuskan nafas terakhir ketika menunaikan solat pada rakaat ketiga di hadapan lebih […]

Bantuan zakat IPT tanpa orang tengah

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar tanpa melalui orang tengah bagi mengelakkan penipuan serta salah faham. Pengurus Baitulmal MAIWP, Mohd Nizam Yahya, berkata mengikut prosedur itu, pelajar dalam kalangan anak-anak asnaf akan menerima bayaran menerusi akaun bank masing-masing. Katanya, […]

Kerajaan Johor sedia RM500,000 Skim Bantuan Guaman Syarie

JOHOR BAHRU 30 Jan. – Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi menyediakan Skim Bantuan Guaman Syarie Johor Tahun 2018 yang akan dilaksanakan bermula 1 Februari ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata skim julung kali diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi Bajet […]

PM Kanada tentang Islamofobia

QUEBEC CITY 30 Jan. – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa rakyat negara itu supaya bangkit menentang Islamofobia dan diskriminasi. Trudeau berbuat demikian ketika memperingati peristiwa pembunuhan enam orang Islam setahun lalu di Masjid Quebec. Perdana Menteri muda itu ketika berucap di parlimen melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan kebencian dan diskriminasi. Katanya, ia menjadi perlakuan ‘biasa dan […]