Rasukan ‘game’ dorong bunuh
DUA pelajar sekolah berusia 16 tahun yang disyaki membunuh pemandu Grab di Semarang, Sabtu lalu, dipercayai melakukannya kerana terpengaruh dengan aksi ganas permainan video. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Semarang, Fahmi Arifriyanto, pihaknya percaya dua remaja terbabit diinspirasikan permainan video yang bersifat sadis, selain filem yang berunsur ganas. Media Indonesia melaporkan Ketua Polis Kota […]
Suu Kyi gagal tangani Rohingya, panel AS letak jawatan
MYANMAR 26 Jan. – Diplomat veteran Amerika Syarikat, Bill Richardson telah melepaskan jawatan sebagai panel antarabangsa yang diwujudkan oleh Aung San Suu Kyi dalam menangani krisis Rohingya. Richardson mendakwa panel itu hanya satu penghinaan dan menuduh Suu Kyi tidak mempunyai moral kepimpinan dalam isu berkenaan. “Sebab utama saya meletakan jawatan kerana lembaga penasihat tidak berfungsi”, […]
Rakyat Mesir sambut ulang tahun Arab Spring, tidak endahkan pilihan raya Presiden
KAHERAH26 Jan. – Tujuh tahun selepas kejatuhan Hosni Mubarak, kehangatan revolusi yang mengubah lanskap pemerintahannya masih dirasi. Ribuan rakyat Mesir berkumpul di ibu kota Kaherah bagi memperingati ulang tahun kejatuhan kerajaan pimpinan Mubarak pada Khamis. Mereka berarak menuju ke Tahrir Square sambal membawa sepanduk dan melaungkan slogan kebebasan seperti yang berlaku ketika Arab Spring pada […]
23 artis, penulis veteran sertai Program Umrah Penggiat Seni
SEPANG 26 Jan. – Seramai 23 penggiat seni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Ayati Tasrip, Ibnor Riza Ibrahim, Zaleha Hamid, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Baharuddin Buyong Kahar, hari ini berangkat ke Mekah di bawah Program Umrah Penggiat Seni. Program anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih itu […]
PNB serah zakat kepada pelajar kolej matrikulasi
KUALA PILAH 26 Jan. – Seramai 70 pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini, hari ini, menerima sumbangan antara RM500 hingga RM1,000 melalui Program Zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata 20 orang pelajar cemerlang menerima menerima RM1,000 manakala 50 pelajar lagi menerima RM500. “Secara keseluruhan, PNB […]