RM58 juta elaun guru Kafa di Kelantan
GUA MUSANG 26 Jan. – Kerajaan persekutuan membelanjakan sejumlah RM58 juta setiap tahun untuk membayar elaun kepada 5,252 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Kelantan. Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman berkata justeru, beliau mahu setiap guru Kafa yang dilantik sentiasa ikhlas dalam mendidik pelajar beragama Islam mengenai asas agama sebagaimana sukatan […]
90 peratus rakyat M’sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan – Khairy
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Statistik yang menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan sederhana (simple lifestyle) selepas lima tahun usia persaraan sangat membimbangkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Katanya lagi, data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan majoriti pemegang akaun hanya mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 […]
Skim cepat kaya indah khabar daripada rupa
BARU-BARU ini kita digemparkan dengan tangkapan ke atas dua individu oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing melibatkan kerugian berjumlah RM1.56 juta. Kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 55 tahun yang merupakan pemilik dan pengurus syarikat pelaburan tersebut ditahan dalam serbuan di […]
‘Kempen #UndiRosak bertentangan prinsip demokrasi’
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Kempen #UndiRosak yang sedang digerakkan pihak tertentu di media sosial adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata kempen itu yang merosakkan pemikiran rakyat, selain menafikan hak pengundi untuk memilih kerajaan secara demokrasi. Katanya, pilihan raya adalah saluran […]
Jimat tuai hujan
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dilihat antara idea proaktif yang boleh diperluaskan bagi membantu menjimatkan penggunaan air terawat terutama di lokasi tumpuan masyarakat seperti masjid dan rumah ibadah lain. Ini kerana SPAH mampu meningkatkan kelestarian sumber air dan pada masa sama memberi alternatif dalam membantu mengurangkan penggunaan air bersih untuk […]
Umrah tipu: Enam laporan di Kedah
ALOR SETAR 26 Jan. – Polis merekodkan sebanyak enam laporan dibuat bakal jemaah umrah yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Chan Teck Paing, berkata laporan itu dibuat mangsa di KLIA dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan. “Siasatan awal, anggaran kerugian dialami mangsa […]
Clattenburg henti perlawanan hormati azan
PENGADIL Mark Clattenburg menerima pujian selepas menghentikan perlawanan antara Al Feiha dan Al Fateh pada saingan Piala Raja Arab Saudi untuk memberi peluang kepada pemain menunaikan solat. Dia menghentikan perlawanan waktu tambahan ketika kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan di Stadium Raja Salman Abdulaziz. Perlawanan dihentikan selama lima minit. Clattenburg, bekas pengadil Liga Perdana […]
Tiada tahap bilangan rokok yang selamat
LONDON 26 Sept. – Perokok perlu berhenti merokok dan bukannya mengurangkan bilangan rokok yang dihisap demi mengelakkan daripada risiko penyakit jantung dan strok, menurut kajian BMJ. Individu yang merokok sebatang rokok sehari masih kira-kira 50 peratus lebih cenderung untuk menghidap penyakit jantung dan 30 peratus cenderung mempunyai strok berbanding orang yang tidak pernah merokok, […]
Wang tidak boleh jual beli Baitulmaqdis – Palestin
RAMALLAH 26 Jan. – Pemimpin Palestin menegaskan tidak terkesan dengan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu menyekat bantuan kewangan tahunan sekiranya mereka menolak proses rundingan damai bersama Israel. “Amalan mengugut ini… tidak akan terkesan dengan rakyat Palestin,” kata jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudaineh, dalam satu sidang media pada Khamis. “Baitulmaqdis adalah […]
Tentera AS, Turki dibimbangi berkonfrontasi
ISTANBUL 25 Jan. – Kebimbangan berlakunya pertempuran antara tentera Turki dan Amerika Syarikat (AS) di Syria semakin memuncak apabila militan Kurdis yang diterajui Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) mengerahkan tenteranya mempertahankan Manbij setelah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar menyerang bandar berkenaan selepas Afrin. Portal Al Jazeera melaporkan, Manbij yang terletak 100 kilometer dari timur […]