Kedutaan AS Di Baitulmaqdis Dibuka Tahun Depan

BAITULMAQDIS: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berikrar hari ini, negaranya akan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke sini menjelang akhir 2019, langkah yang dibantah sekeras-kerasnya oleh Palestin. Dalam ucapan sama daripada rostrum Parlimen Israel, Pence juga menggesa Palestin meneruskan rundingan damai yang sekian lama tertangguh dengan negara Zionis itu. “Baitulmaqdis ialah ibu kota […]

Kumpulan Islam Serbu Majlis Cari Rumah Pelacuran

JAKARTA: Kumpulan konservatif Islam Indonesia menceroboh parti ulang tahun kanak-kanak, ketika menjalankan operasi mencari rumah pelacuran, kata polis hari ini. Kejadian berlaku Jumaat lalu apabila puluhan anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI) menyerbu sebuah rumah dipercayai digunakan untuk tujuan pelacuran, di pulau Madura, Jawa Timur. Kumpulan berkenaan menarik dua orang yang disyaki pelacur dari rumah berkenaan […]

Lelaki Hina Islam, Melayu Dalam FB Ditahan

JELEBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi tadi, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya. Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun […]

3.6 Juta Golongan Muda Enggan Daftar Mengundi

SEREMBAN, 23 Jan. – Tidak mahu terlibat dan dikaitkan dengan politik menjadi antara punca kira-kira 3.6 juta golongan muda berusia 21 tahun ke atas di negara ini enggan mendaftar sebagai pengundi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, keba­nyakan mereka memberi alasan mahu menjauhkan diri daripada politik […]

Ijtimak Ulama Se-Malaysia

Arus perkembangan dan gelombang perubahan sosial rakyat Malaysia berlaku dengan begitu pesat sekali. Banyak perkara baru telah dan sedang tumbuh dalam masyarakat.  Umat Islam khususnya tidak dapat melarikan diri daripada perkembangan ini dan terpaksa menghadapinya dengan penuh berani. Situasi ini berlaku kesan daripada pembangunan negara yang begitu pesat dan kemajuan ilmu moden dan teknologi maklumat […]

OIC Digesa Perkasa Peranan Tangani Ancaman Pengganas

KUALA LUMPUR, 23 Jan. – Malaysia menggesa negara Islam dan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memperkasakan peranan dalam menangani ancaman pengganas, termasuk isu serangan bom peluru berpandu oleh militan Houthi ke Riyadh dan Makkah. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata OIC ada pengaruh kuat dan potensi untuk membentuk masa depan cerah bagi umat Islam […]