Artis hijrah, buang semua tatu
JAKARTA 23 Jan. – Penyanyi dangdut Cinta Penelope berjaya membuang hampir kesemua 21 tatu yang menghiasi tubuhnya, selepas tampil dengan imej berhijab. Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope berkata, dia mahu kembali ke pangkal jalan dan mendalami Islam. Malah, Cinta berkata, dia lebih selesa mengenakan busana Muslimah berbanding imej seksinya sebelum ini. “Tatu […]
China haramkan artis bertatu, hip-hop disekat
BEIJING 23 Jan. – Lembaga Penapisan China kini menjadikan budaya popular yang mewakili aspirasi orang muda sebagai sasaran terbaharu, termasuk menyekat muzik hip-hop dan mengharamkan penampilan selebriti yang bercacah tatu. Ketika pengaruh program televisyen ‘Rap of China’ sedang meningkat di negara itu, artis hip-hop Wang Hao, atau dikenali sebagai ‘PG One’ dan Zhou Yan, yang […]
Malaysia gesa masyarakat dunia bantu Yaman
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Malaysia menyeru segenap masyarakat dunia fokus terhadap krisis kemanusiaan di Yaman yang semakin kritikal. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jika dibiar, konflik di negara itu mengakibatkan dua juta rakyat Yaman kehilangan tempat berteduh selain 182,000 lagi menjadi pelarian sekali gus memerlukan perhatian dan tindakan segera negara anggota Pertubuhan […]
Bin Abdullah: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan 20 pasangan untuk mencelah
PUTRAJAYA 23 Jan. – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan oleh 20 pasangan dan seorang ibu tunggal untuk dinamakan sebagai pihak dalam rayuan berhubung sama ada seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan berbinkan ‘Abdullah’. Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim bagaimanapun […]
Kelab dangdut kampung ganggu penduduk
KUALA TERENGGANU 23 Jan. – Ketenteraman penduduk di sebuah kampung di sini terganggu sejak lima tahun lalu dengan kewujudan sebuah ‘kelab dangdut’. Penduduk juga berasa malu kerana dikatakan majoriti pelanggan kelab dangdut itu terdiri daripada golongan senja berusia lebih 60 hingga 70 tahun. Walaupun meniti usia senja, mereka langsung tiada rasa malu apabila turut sama […]
Pusat tahfiz Perlis ikut spesifikasi bomba
KANGAR 23 Jan. – Pusat tahfiz di Perlis akan mengikut spesifikasi aspek keselamatan bangunan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepenuhnya menjelang Mac ini. Pengarah JBPM Perlis Mohd Fadzil Harun berkata, sebahagian pusat tahfiz negeri ini sudah mengikutinya selepas pemeriksaan yang dijalankan tahun lalu. “Sehingga kini, enam daripada 15 pusat tahfiz sudah […]
Puji Terengganu bantu golongan mak nyah
SHAH ALAM 23 Jan. – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad memuji pendekatan kerajaan Terengganu bagi membantu golongan mak nyah yang mahu mengubah hidup mereka ke arah lebih positif dengan mengikuti pelbagai bidang kemahiran untuk mendapatkan punca pendapatan tetap. Katanya, usaha tersebut dilihat sebagai satu pendekatan lebih harmoni dan tidak melihat ia satu bentuk […]
UniSZA pelawa orang ramai saksi fenomena gerhana bulan
KUALA NERUS 23 Jan. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) pada 31 Januari ini bermula jam 8 malam. Pengarah Eseri Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata, program mesra […]
Mufti Wilayah Persekutuan Hadiahkan Iqram Dinzly Arnab
KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghadiahkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly dua arnab dalam pertemuan pada Sabtu lalu. Selain itu, agamawan tersebut turut menghadiahkan beberapa buku tulisannya, jubah dan kopiah kepada Iqram. Dalam pertemuan tersebut, pelakon Johan As’ari yang menemani Iqram turut menerima cenderahati daripada Zulkifli. Menerusi Instagramnya, Zulkifli memberitahu ada maksud […]
AFFIN ISLAMIC Rancang Produk Pembiayaan ASB Islamik
SHAH ALAM: Affin Islamic Bank Bhd (AFFIN ISLAMIC) akan melancarkan produk pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) patuh Syariah yang pertama menjelang akhir suku pertama tahun ini. Ketua Eksekutifnya, Nazlee Khalifah, pihaknya melihat potensi pertumbuhan yang signifikan menerusi pengenalan produk berkenaan. “Ia dijangka menyumbang kepada pertumbuhan AFFIN ISLAMIC yang disasar mencecah 10 hingga 15 peratus tahun […]