Rantau Islam perlu pentadbiran sendiri
MANILA 20 Jan. – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menggesa Kongres meluluskan rang undang-undang yang memberi pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam. Beliau turut memberi amaran bahawa kejatuhannya akan menyaksikan kumpulan pemberontak meninggalkan proses damai dan kembali mengisytiharkan perang. “Saya menggesa semua orang untuk memahami sudah tiba masanya ketidakadilan sejarah yang dilakukan kepada mereka diperbetulkan. Jika […]
Menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain
LONDON 20 Jan. – Nusrat Ghani mencipta sejarah apabila menjadi menteri wanita Islam pertama berucap di Parlimen Britain, kelmarin. Nusrat yang baharu dilantik sebagai Menteri Pengangkutan diberi tepukan gemuruh ketika beliau menjawab soalan mengenai akses stesen untuk golongan kurang upaya. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Wealden sejak 2015 dilahirkan di Kashmir, Pakistan. Sementara itu, Setiausaha […]
Jaminan kerakyatan, keselamatan bagi pelarian Rohingya
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya ke tanah air mereka yang dicapai antara Myanmar dan Bangladesh perlu menjelaskan tentang isu berkaitan kewarganegaraan dan jaminan keselamatan, sebelum ia boleh dilaksanakan. Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, perkara itu penting bagi memastikan pelarian […]
Semua restoran baharu McDonald’s Malaysia dilengkapi surau
KUALA TERENGGANU 20 Jan. – Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu yang bakal dibuka dan diubahsuai di seluruh negara. Pengarah Operasinya, Mohd. Fairul Maan berkata, reka bentuk restoran akan disesuaikan dengan kemudahan itu bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan beragama Islam di premis sajian makanan yang menjadi tumpuan […]
Hanya 24 peratus ibu bapa periksa kandungan gajet anak
KUALA LUMPUR: Hanya 24 peratus daripada ibu bapa memeriksa kandungan gajet anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Menurut Rohani, keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November […]
Rembau Awesome guna bas lama jadi kelas al-Quran
REMBAU: Kekangan ruang bangunan bagi mengadakan kelas al-Quran mendorong sekumpulan anak muda mengambil pendekatan kreatif dengan mengubah suai bas lama menjadi pusat pengajian. Dengan menumpukan usaha mengajar kanak-kanak dan remaja keluarga asnaf secara percuma, kumpulan 13 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang tinggal di sekitar Taman Sri Rembau Fasa 1 di sini, dan mahu dikenali […]
Video lelaki berpakaian wanita tidak bermanfaat, rosakkan pemikiran
KOTA BHARU 20 Jan. – Klip-klip video lelaki-lelaki berpakaian wanita yang sering tular di media sosial ketika ini merupakan antara budaya tidak bermanfaat dan merosakkan pemikiran rakyat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, selain sia-sia, perbuatan itu tidak dapat membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat. “Ada banyak lagi perkara […]
Tunggu lagi sebulan…
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan masa paling minimum sebulan bagi menentukan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman. Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi perkongsian di laman Facebook (FB) Jakim, semalam. Dr Mohd Izwan berkata, beliau ingin memaklumkan bahawa […]
AS bakal pintas Arab Saudi sebagai pengeluar minyak kedua terbesar
PARIS 20 Jan.– Amerika Syarikat (AS) akan memintas Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah kedua terbesar dunia selepas Rusia pada tahun ini berikutan peningkatan penggerudian oleh syarikat-syarikat minyak AS yang tertarik dengan kenaikan harga minyak global, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam. Pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.9 juta tong sehari di AS sekarang adalah […]
Malaysia sedia jadi hab kepada pelajar dari negara bergolak
PUTRAJAYA 20 Jan. – Malaysia bersedia menjadi hab yang menawarkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar kurang bernasib baik dari negara-negara bergolak, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, Malaysia mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian berdasarkan pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan tingginya yang menyaksikan penambahbaikan ranking universiti tempatan […]