Pemain ragbi New Zealand gembira peluk Islam
PEMAIN ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009. Melalui akaun di laman Twitter dan Instagram, Williams mengatakan beliau dipandu seorang sheikh untuk melawat beberapa lokasi, antaranya Kaabah dan Masjid Al-Nabawi. “Rasa sangat seronok dapat melawat Masjid Al-Nabawi di Madinah,” kata Williams di Instagram. Williams sebelum ini […]
Pendakwah Arab Saudi mati ditembak di Guinea
KANTEBALANDOUGOU, Guinea 18 Jan. – Seorang pendakwah Arab Saudi mati ditembak selepas selesai mengerjakan solat di sini beberapa hari lalu. Portal Saudi Gazette memetik sumber tempatan sebagai berkata, insiden tersebut menaikkan kemarahan penduduk di negara sebelah Afrika Barat itu yang majoritinya beragama Islam. Difahamkan, pendakwah terbabit, Sheikh Abdul Muhsin Al-Tuwaijri yang dibunuh malam Selasa lalu […]
Pendatang Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa
BAITULMAQDIS 18 Jan. – Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak menceroboh masjid al-Aqsa. Kehadiran mereka pada pagi Rabu diiringi polis Israel. Insiden itu mencetuskan pertempuran antara pendatang terbabit dan penduduk Palestin yang berada di tapak suci berkenaan. Ketua Pengarah Awqaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib menuduh pihak berkuasa rejim Zionis sebagai bertanggungjawab ke atas […]
Adam beri inspirasi kepada mualaf
KUALA LUMPUR: Dikenali dengan watak antagonis, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah, bersyukur apabila perkongsian di media sosial memberikan inspirasi kepada banyak pihak, terutama mualaf sepertinya. Adam, 49, berharap pengalaman sebagai saudara baharu menarik minat mereka yang ingin mendalami agama Islam dengan lebih dekat lagi. “Ada yang menghantar mesej secara peribadi meminta saya membawa pasangan […]
MAIK akan siasat 5 beradik tinggal di bangsal
KOTA BHARU 17 Jan. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menghantar wakilnya bagi mendapatkan gambaran dan maklumat mengenai kedaifan lima beranak yang tinggal dalam sebuah bangsal di Kampung Panji seperti yang disiarkan oleh Astro AWANI dua hari lalu. Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz memaklumkan, adalah menjadi […]
Mata wang bitcoin: Halal atau haram?
Oleh Dr Hakimah Yaacob EVOLUSI mata wang berubah dari barangan, kulit kerang, besi, emas, perak, kertas dan sebagainya. Apa yang dianggap berharga oleh masyarakat, maka itulah mata wang diterima pakai. Hari ini, timbul pula bitcoin yang sohor kini dan dikatakan, mudah serta senang diterima pakai dalam transaksi digital. Masyarakat heboh mencari hukum, sama ada halal […]
STAM 2017: 600 calon peroleh sijil pangkat Mumtaz
PUTRAJAYA 18 Jan. – Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 meningkat sebanyak 0.4 peratus, iaitu sebanyak 600 calon berbanding 537 calon pada 2016. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, berkata kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) turut meningkat 1.7 peratus kepada 22.6 peratus […]
Pelajar pondok moden Al-A’Baqirah-MAIWP cemerlang STAM
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Dua pelajar kelompok pertama Pondok Moden Al-A’baqirah (PMA) – MAIWP telah lulus dengan cemerlang (Mumtaz) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017. Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan STAM PMA-MAIWP telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Mohd Ajib Bin Ismail. Ini merupakan sejarah yang baru ditempa oleh […]
Belajar di masjid, tips pelajar cemerlang STAM
BUKIT PALAH 18 Jan. – Membaca di masjid untuk mengulang kaji pelajaran antara tips yang dikongsikan Pelajar Lelaki Terbaik bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 negeri Melaka, di sini, pagi tadi. Pelajar Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al – Asyraf, Luqman Hakim Syahbudin, 18, memperolehi keputusan 8 Mumtaz (cemerlang) dan […]
52 calon STAM Maahad Ahmadi Gemencheh peroleh mumtaz
TAMPIN 18 Jan. – Seramai 52 daripada 87 calon STAM 2017 Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh memperolehi sijil pangkat Mumtaz (cemerlang), hari ini. Pengetuanya, Abdul Rahim Maamor berkata, daripada jumlah berkenaan tujuh daripada pelajar mendapat pangkat Mumtaz Sofi. Menurutnya, seramai 35 calon mendapat keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik), dua calon memperoleh Jayyid (baik) dan […]