Keadaan Ustaz Wadi Anuar makin baik

SHAH ALAM 14 Jan.  – Keadaan guru agama Ustaz Wadi Anuar Ayub, kini dilaporkan semakin baik. Memetik perkongsian Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Wadi kini menunjukan perubahan yang positif. “Keadaan percakapannya juga semakin baik. Tiada lagi kebocoran cecair daripada otaknya. Telah discan tulang intervrata (tulang tengkuk hingga ke bawah), dia juga tidak demam. “Beliau dihadkan pergerakannya. […]

Google buang aplikasi iklan lucah

CALIFORNIA 14 Jan. – Syarikat Alphabet Inc’s Google berkata, pihaknya telah membuang 60 aplikasi permainan yang didakwa mengandungi iklan lucah di Play Store. Tindakan itu dilakukan selepas sebuah firma keselamatan, Check Point berkata, beberapa aplikasi permainan yang dimuat turun mengandungi cecacing yang akan mengeluarkan iklan lucah, selain menawarkan pembelian premium. “Kita telah mengeluarkan aplikasi itu […]

Wanita Saudi teruja dibenar tonton bola sepak

RIYADH 14 Jan. –  Arab Saudi buat pertama kali membenarkan golongan wanita menonton perlawanan Liga Perdana kelab al-Ahli menentang al-Batin di stadium Pearl di Jeddah, kelmarin. Kesemua mereka yang kelihatan teruja ditempatkan di kerusi khas bersama keluarga masing-masing. Terdahulu, sebuah bilik pameran kereta pertama untuk pelanggan wanita turut dibuka secara rasmi selepas golongan tersebut dibenarkan […]

Dedah segera nama 13 hotel larang bertudung

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) menggesa Kementerian Sumber Manusia mendedahkan 13 nama hotel yang didapati mengamalkan polisi larangan bertudung kepada pekerja Islam bagi membolehkan tindakan tegas diambil dengan segera. Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, isu tersebut perlukan penyelesaian segera kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu […]