Usaha dakwah di Malaysia tidak cukup
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Usaha dakwah di Malaysia tidak cukup bagi menarik masyarakat bukan muslim untuk memeluk agama Islam. Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku hari ini, sesetengah individu ada terlalu sibuk melihat ‘habuk berbanding kerikil batu’ di hadapan. “Apabila orang bukan Islam […]
Islam larang kerjasama bawa keburukan
TRANG, THAILAND 13 Jan. – Islam melarang sebarang kerjasama yang membawa kepada keburukan, sebaliknya menyeru umatnya bersatu ke arah kebaikan dan ketakwaan, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah umat Islam hidup dalam keadaan yang sejahtera, justeru mereka juga perlu memastikan sesiapa yang berurusan dengan mereka turut merasai kesejahteraan itu. “Tiada […]
Kelas jahit tahfiz
KEPALA BATAS 13 Jan. – Maahad Tahfiz al-Quran Ummul Qura (MTUQ) di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda di sini muncul pusat tahfiz pertama di negara ini yang menggabungkan pengajian al-Quran dengan kemahiran selain memberi peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan. Pusat tahfiz berkenaan menyediakan bengkel jahitan kepada wanita lepasan sekolah berusia 18 hingga 35 […]
Larang pekerja hotel bertudung: Akta Kerja 1955 akan dipinda
PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini. Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu adalah hasil perbincangan pada 5 Dis lepas yang melibatkan kementerian dan agensi berkaitan […]
Kerja sukarelawan Farhanah diiktiraf di New Zealand
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Tidak ramai golongan muda berminat menghulurkan sumbangan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama ketika masih belajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Tambahan pula jika melanjutkan pengajian ke luar negara kerana pembabitan mereka dalam kerja sukarela pastinya memerlukan pergaulan bersama masyarakat dan penduduk setempat yang berbeza budaya dan cara hidup. Namun, […]
China musnahkan gereja besar Kristian
BEIJING 13 Jan. – Pihak berkuasa di utara China memusnahkan gereja besar Kristian dalam tindakan yang diselar pelbagai kumpulan hak asasi beragama sebagai tindakan seolah-olah seperti memerangi Taliban. Secara rasminya, China adalah negara atheis dengan pihak berkuasa di negara itu amat bimbang dengan pergerakan di luar kawalan mereka termasuk kumpulan agama. Gereja besar Golden Lampstand […]
Masjid pertama di Perak buka 24 jam
SUNGAI SIPUT13 Jan – Masjid India Muslim Sungai Siput Utara yang terletak di Jalan Besar, Kampung Suppiah Pilai menjadi masjid pertama di Perak yang membuka ruang serta kemudahannya kepada pengunjung terutamanya musafir secara 24 jam. Lebih menarik, pembukaan masjid secara 24 jam itu turut dibantu oleh individu bukan Islam di kawasan berdekatan dengan memberi pelbagai […]
Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan
SUNGAI PETANI 13 Jan. – Pendakwah bebas, Murtadha Mohd Yusof, 31, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Hospital Taiping selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him di sini sebentar tadi. Ibunya, Noorshams Mohd Nazir, 60, berkata, anak ketiganya itu mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selama […]
Ingatan untuk saudara Muslimahku…
Oleh HAFEEZ NUR Majoriti penghuni neraka adalah kaum wanita? Betulkah? Kenyataan ini bukan dibuat secara semberono kerana ia adalah hadis Rasulullah SAW yang sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Hadisnya berbunyi begini: “Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat ialah sedikitnya ilmu (agama), bermaharajalelanya kebodohan dan perzinaan, serta sedikitnya kaum lelaki sehingga untuk 50 orang […]
Kebebasan hak asasi Perlu rujuk agama, budaya dan moral!
Oleh SHAMRAHAYU A. AZIZ Prof Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz ialah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kepercayaan kepada hak asasi orde Barat telah menghasilkan gelombang yang pantas dan ganas ke serata dunia. Dengan itu, doktrin hak asasi manusia telah berkembang dan merebak dengan meluas sehinggakan ia dianggap sebagai satu ‘isme’ […]