Hadiah Antarabangsa Raja Faisal 2018 milik penyelidik UIAM
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui pensyarah yang juga penyelidiknya, Prof. Dr. Irwandi Jasir telah dianugerahkan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal 2018 bagi kategori sumbangan kepada Islam oleh Yayasan Raja Faisal di bawah naungan kerajaan Arab Saudi. UIAM dalam satu kenyataan berkata, pengumuman penerima anugerah itu telah dilakukan pada 11 Januari […]
Beri ruang perubatan Islam dilaksana di hospital kerajaan: Zainul Rijal
BANGI, 12 Jan. – Sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan yang perlu bagi melaksanakan perkhidmatan perubatan Islam di hospital kerajaan, tegas Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. Beliau berkata, ia kerana permintaan untuk perubatan Islam semakin hari semakin bertambah seiring dengan perubatan moden. Bahkan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang […]
Umat Islam diajak amalkan sikap ‘tasamuh’ – Raja Muda Perlis
TRANG, Thailand 12 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengajak seluruh umat Islam agar mengamalkan sikap ‘tasamuh’ iaitu bertoleransi antara satu sama lain yang menjadi asas kepada penyatuan dalam kepelbagaian dan perpaduan dalam perbezaan. Baginda bertitah menarik perhatian dengan menggambarkan bagaimana situasi tersebut boleh direalisasikan menerusi hubungan yang baik […]
Netizen puji denda ‘luar biasa’ pelajar lewat ke sekolah
PETALING JAYA 12 Jan. – Nak denda salah, tak denda pun serba salah. Itulah dilema yang dihadapi para guru ketika berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Selepas seorang demi seorang guru tular gara-gara tindakan disiplin yang diambil ke atas pelajar bermasalah, kini sebuah sekolah di Shah Alam pula tular kerana mengenakan denda yang […]
Neelofa mahu buka pusat al-Quran
KUALA LUMPUR 12 Jan.- Pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa menyimpan hasrat untuk membuka sebuah pusat al-Quran yang sudah lama diimpikan. Jelas Neelofa, 28, sedari dahulu dia sememangnya mahu membuka pusat al-Quran namun bukan dalam masa terdekat. “Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi […]
Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid
LIPIS 11 Jan. – Masjid Sultan Mahmud Lipis di sini bertindak proaktif menganjurkan program Jom Bercuti Sekolah di Masjid dalam usaha mengimarahkan lagi institusi masjid. Imam Besar Masjid Sultan Mahmud, Lipis, Azraei Ahmad Saballah berkata, seramai 154 peserta terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berusia enam hingga 17 tahun menyertai program empat hari di masjid […]
Bebas Palestin, Bebas Al-Aqsa
KIRA-kira 100,000 umat Islam dijangka hadir pada Himpunan Munajat Aqsaku bagi mendoakan kesejahteraan dan pembebasan Palestin termasuk Masjid Al-Aqsa daripada kezaliman Zionis di Dataran Putrajaya, berdepan Masjid Putra di sini, 27 Januari ini. Himpunan berkenaan adalah satu daripada acara utama penganjuran Festival MyAQSA anjuran Yayasan MyAQSA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula 26 […]
Berkat zakat : dulu RM500 kini RM3,000
PERIBAHASA “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian” ini cukup sesuai dengan apa yang dialami oleh Puan Fazliana Shirat, 34. Beliau yang dahulunya terpaksa bangun awal pagi bagi menyiapkan juadah makanan untuk dijual di kedai, kini mampu hidup selesa dengan pendapatan yang diraihnya. Jika dahulu beliau hanya meraih pendapatan sebanyak RM500 sebulan, kini pendapatannya bertambah sehingga […]
McDonald’s Malaysia bayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.
KUALA LUMPUR – Syarikat operasi McDonald’s Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut berkata, zakat perniagaan itu dibayar pada Disember lepas bagi tempoh satu tahun setelah pengambilalihan syarikat berkenaan oleh […]
Sekatan baru untuk Iran
WASHINGTON 12 Jan. – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat menjangka Presiden Donald Trump akan mengenakan sekatan baru ke atas Iran. Trump sepatutnya memutuskan sama ada untuk mengenepikan sekatan utama lain terhadap Iran yang ditarik balik di bawah Perjanjian Nuklear 2015 pada hari Jumaat. Terdahulu, kuasa-kuasa Eropah mendesak Trump untuk melaksanakan perjanjian itu demi keselamatan antarabangsa. Sebelum […]