Islam dijangka jadi agama kedua terbesar di AS
WASHINGTON 11 Jan. – Populasi penganut beragama Islam yang semakin bertambah di Amerika Syarikat (AS) dijangka menggantikan Yahudi sebagai agama kedua terbesar di negara berkenaan pada 2040. Data penyelidikan agensi Pew Research mendapati populasi Muslim bertambah dalam kadar besar iaitu 3.45 juta pada 2017 dan dijangka mencapai 8.1 juta pada 2050. Laporan CNN mengatakan pertambahan […]
Hilang pergi mengaji: Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah
MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu. Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah. Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer […]
Jemaah umrah wanita dijangka meningkat 40 peratus – BUMITRA
KUALA LUMPUR 11 Jan. : Jumlah jemaah wanita Malaysia yang mengerjakan umrah dijangka meningkat sehingga 40 peratus susulan keputusan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) membenarkan wanita berusia 25 tahun dan ke atas masuk ke negara itu menggunakan visa pelancong. Naib Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) (Haji dan Umrah), […]
31 pelajar Maahad Muhammadi Rantau Panjang dapat Mumtaz 10 mata pelajaran
RANTAU PANJANG 11 Jan. – Seramai 31 pelajar Maahad Muhammadi Rantau Panjang memperoleh keputusan Mumtaz bagi 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), tahun lalu. Pelajar, Rusniah Suyee, 17, berkata, dia bersyukur kerana usahanya menumpu perhatian ketika dalam kelas banyak membantunya ketika menjawab peperiksaan berkenaan. Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa mengulang kaji pelajaran […]
Dua ‘tanggang’ moden dipenjara selepas ugut bunuh ibu, kasari ayah
ALOR SETAR 11 Jan. – Dua lelaki yang didakwa atas tuduhan berasingan mengugut bunuh serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap ibu dan bapa mereka dijatuhi hukuman masing-masing penjara 12 bulan dan tiga bulan dalam prosiding berasingan oleh Mahkamah Majistret, Alor Setar pada Khamis. Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Saddam Ibrahim, […]
Khurafat dalam kegiatan nombor ekor
KUALA TERENGGANU 11 Januari – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak menyangkal hubung kait kegiatan nombor ekor dengan perbuatan khurafat. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, JHEAT mengesan terdapat kegiatan pemujaan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan nombor ekor. “Pihak JHEAT belum dapat menangkap mereka yang melakukan perkara […]
Caj RM15 setaraf swasta
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Caj yang dikenakan kurang daripada RM15, namun kualiti perkhidmatan yang disediakan di Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)-Hospital Putrajaya (PBBR1M) di Presint 8, Putrajaya, setaraf hospital swasta. Perkara itu diakui kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Arbayiah Ba’ai, 34, yang bersalin anak ketiganya di PBBR1M, […]
Wanita 25 tahun dibenar masuk tanpa mahram
JEDDAH: Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH). Namun, menurut Arab News, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu. Ketua […]
36 pelajar Indonesia sertai kayuhan santuni asnaf
ARAU 11 Jan. – Seramai 36 pelajar Universiti Islam Riau di Indonesia berpeluang menyelami usaha Perlis menyantuni golongan asnaf di negeri ini, hari ini. Pengalaman bermakna itu dilalui semua pelajar yang mengikuti latihan praktikal selama tiga minggu di Universiti Teknologi MARA itu sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli […]
Rating Trump semakin merosot
WASHINGTON 10 Jan. – Sokongan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semakin merosot apabila rating penerimaan terhadap jutawan dari New York itu jatuh kepada 37 peratus, menurut tinjauan yang disiarkan semalam. Tinjauan dilakukan Gallup itu dibuat ketika Trump dipalit kontroversi susulan penerbitan buku Fire and Fury: Inside the Trump White House. Buku tulisan Michael Wolff […]