Perbezaan hukum fiqh bukanlah sebab perpecahan – Raja Muda Perlis
KANGAR 7 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mengingatkan bahawa perbezaan dalam sesuatu hukum fiqh bukanlah penyebab untuk umat Islam berpecah. Dalam hal ini, baginda bertitah, maka sebab itu, umat Islam harus berhati-hati dengan memastikan perbezaan tersebut perlulah berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah sebagai asasnya. “Majlis Agama Islam dan Adat […]
Jumpa mak nyah Sabtu ini
KUALA TERENGGANU 7 Jan. – Kerajaan negeri menunjukkan keterbukaan apabila bersedia bertemu dengan golongan mak nyah atau ‘transvestit’ dan pengkid pada Sabtu, 13 Januari ini bagi memastikan permasalahan ‘komuniti’ kecil yang wujud di negeri ini didengar dan dibantu. Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pertemuan itu merupakan fasa pertama membabitkan lebih […]
50,000 bayi lahir di kem pelarian Rohingya
COX’S BAZAR 5 Jan. – Kira-kira 50,000 bayi akan dilahirkan dalam kem pelarian masyarakat etnik Rohingya di Bangladesh pada tahun ini. Jumlah itu sama banyak dengan keseluruhan populasi penduduk di Wagga Wagga, Pelabuhan Coffs dan Bundaberg di Australia. Sesetengah daripadanya merupakan anak luar nikah dan kesemuanya akan memulakan hidup di dalam kem yang kotor serta […]
369 suspek militan Daesh ditahan
PUTRAJAYA 6 Jan. – Sebanyak 369 suspek militan Daesh termasuk 87 warga asing ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2013 hingga 2017. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 19 siri cubaan melakukan keganasan berjaya ditumpaskan. Menurut beliau, usaha itu menggambarkan pendirian jelas Malaysia dalam memerangi keganasan yang […]
11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan
RIYADH 6 Jan – Seramai 11 putera Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa kerana berkumpul di istana raja di sini kerana membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menghentikan pembayaran bil utiliti mereka, lapor media tempatan pada Sabtu. Bagaimanpun, pegawai Arab Saudi tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut. Memetik laporan Reuters, Arab Saudi telah memperkenalkan pembaharuan […]
Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling ‘penapis air berapi’
KOTA BHARU 7 Jan. – Polis Kelantan akan melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian khianat terhadap dua pusat ibadat membabitkan sebuah gereja dan kuil Hindu di Jalan Hamzah di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian itu, Gereja Methodist Kota Bharu dan Kuil Arulmigu Subramaniyar Siva terbabit dilempar dengan dua objek dipercayai penapis air yang disumbat sumbu […]
Trump bodoh, dungu
WASHINGTON 7 Jan. – Penulis buku kontroversi tentang tahun pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memegang jawatan di Rumah Putih mendakwa 100 peratus individu yang berada dalam lingkungan pemimpin itu menganggap beliau ‘bodoh, dungu’. Kenyataan itu dikeluarkan Michael Wolff yang menghasilkan buku Fire And Fury: Inside The Trump White House yang telah berada di […]
Bedilan udara korbankan 17 penduduk Syria
BEIRUT 7 Jan. – Sekurang-kurangnya 17 penduduk tempatan terbunuh dalam bedilan udara dilancarkan oleh tentera Syria dan Rusia di Eastern Ghouta hari ini. Eastern Ghouta merupakan salah satu kubu terakhir kumpulan pemberontak di negara itu dan sering menjadi sasaran serangan udara. “Pesawat Rusia dan Syria hari ini meneruskan siri pengeboman di Eastern Ghouta, menyasarkan beberapa […]
19 rancangan keganasan digagalkan di Malaysia
PUTRAJAYA 7 Jan. – Polis Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang lain telah menggagalkan sebanyak 19 rancangan keganasan di negara ini antara 2013 dan 2017, demikian didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini. Bagi tempoh sama, beliau berkata, sebanyak 369 suspek militan Daesh termasuk 87 warga asing telah ditahan. Nur Jazlan berkata, […]
Liga Arab mahu PBB iktiraf negara Palestin
AMMAN 7 Jan. – Negara Arab bakal melancarkan usaha diplomatik memujuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi. Enam Menteri Luar negara Arab bertemu di Amman, semalam untuk tindakan susulan mengenai keputusan awal diambil Liga Arab menangani langkah Presiden Donald Trump, pada Disember […]