Pelampau agama peruntuh masyarakat
Oleh WARTAWAN DAKWAH Islam menentang keras terhadap pemikiran yang ekstrem. Sikap melampau dalam agama sebenarnya berpunca daripada kefahaman salah terhadap doktrin Islam dan hukum-hakamnya serta tidak memahami suasana yang menyumbang ke arah pembinaan doktrin serta hukum tersebut. Kaedah dan cara mereka mentafsirkan nas-nas – sandarannya bergantung kepada pengambilan ayat dan hadis tertentu. Mereka hanya berpegang […]
Bayaran haji tak naik
SHAH ALAM 4 Jan. – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan perlaksanaan Nilai Cukai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi tidak memberi impak kepada jemaah haji muassasah kali pertama. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai […]
Tangani isu aset umat Islam tak produktif – Sultan Nazrin
IPOH 4 Jan. – Isu pemilikan harta dan kekayaan umat Islam di negara ini yang lebih rendah berbanding bukan Islam serta masalah aset umat Islam bernilai puluhan bilion ringgit yang tidak produktif, perlu ditangani. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemilikan harta dan kekayaan umat Islam di negara ini lebih rendah berbanding bukan Islam, […]
Teliti prosiding mahkamah syariah dipapar kepada umum – Sultan Perak
IPOH 4 Jan. – Mahkamah Syariah perlu meneliti dan memperhalusi tahap pendedahan prosiding kes syariah yang boleh dipaparkan kepada umum supaya tidak bertentangan dengan semangat dianjurkan Islam yang melarang manusia diaibkan di khalayak ramai. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, aspek menjaga maruah dan tidak mengaibkan nama insan amat ditegaskan dalam Islam, malah menjaga […]
Kes saman JAWI: Pasangan kontroversi tarik balik saman
KUALA LUMPUR 4 Jan – Pasangan suami isteri yang pernah mencipta kontroversi susulan dakwaan mereka bahawa penguatkuasa agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menangkap mereka tanpa mengikut SOP hari ini dilaporkan menarik balik saman yang difailkan mereka di Mahkamah Tinggi. Pada 17 Februari 2017 yang lalu, Mohd Ridhuan Giman, 35 dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 27, […]
Mufti kata haram…
KOSTUM anime atau adi wira dihukumkan haram sekiranya ia mendedahkan aurat serta menyerupai dewa dalam agama, kepercayaan lain atau rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya dan Deus Ex Machina, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Katanya, sekiranya kostum itu memerlukan belanja yang besar sehingga membazir, maka ia juga diharamkan. “Pemakaian kostum yang bertujuan […]
YADIM, RTM rai anak yatim
PAPAR 4 Jan. – Seramai 85 anak yatim ceria apabila menerima barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Mereka adalah penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu dan Rumah Anak Yatim As-Sakinah, Papar yang diraikan dalam Program Ramah Mesra YADIM / RTIM […]
Palestin tidak bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat – Duta Palestin
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Palestin tidak bergantung semata-mata kepada Amerika Syarikat (AS) bagi bantuan kewangan kerana banyak lagi negara yang menjadi penaja bantuan kepada negara itu. Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha berkata Palestin menerima bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun dan China. “Kami (Palestin) […]
14 korban serangan nekad di masjid
KANO 4 Jan. – Empat belas jemaah maut apabila seorang pengebom nekad menyerang masjid di sempadan Nigeria dengan Cameroon, kata pasukan sukarelawan awam. Seorang yang disyaki anggota Boko Haram meletupkan dirinya di dalam masjid di Gamboru sekitar jam 5.00 pagi (0400 GMT) sebelum solat subuh. “Empat belas mayat ditarik keluar dari runtuhan. Cuma bilal yang […]
Ketegangan di Iran berakhir
TEHRAN: Pengawal Revolusi Iran hari ini mengumumkan ketegangan yang menggegarkan negara itu sejak beberapa hari lalu sudah berakhir dan maksimum cuma 15,000 penduduk terbabit dalam tunjuk perasaan di seluruh negara. “Hari ini kami mengumumkan hasutan sudah berakhir. Maksimum 1,500 di setiap tempat dan bilangan mereka yang mencetuskan masalah itu tidak melebihi 15,000,” kata komander unit […]