UK senaraikan Malaysia antara negara berisiko berlaku serangan pengganas

LONDON 2 Jan. –  Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlaku serangan pengganas oleh United Kingdom (UK). Negara-negara yang turut tersenarai termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Jerman dan Belgium. Selain itu, negara jiran seperti Indonesia dan Thailand serta Filipina juga dikategorikan sebagai negara yang cenderung atau kemungkinan tinggi berlakunya serangan itu. Ia antara amaran […]

Risiko kehilangan pelabur

KUALA LUMPUR  1 Jan. – Tanpa status patuh syariah, mana-mana syarikat akan berdepan dengan risiko kemungkinan kehilangan ‘pembeli saham’ terutama pelabur daripada institusi yang besar. Keadaan ini boleh dilihat seper­ti mana yang menimpa syarikat telekomunikasi, DiGi.com apabila terkeluar daripada status tersebut. Sahamnya menjunam ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan pada 24 November lalu kepada […]

Nikmatnya ukhwah!

Ukhwah membolehkan kita merasa kemanisan iman.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang dapat merasakan manisnya iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah, dan ia benci kembali pada kekafiran sebagaimana ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Bukhari). Dengan ukhwah kita akan […]

Palestin kecam undi tambah penempatan di Tebing Gaza

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas mengutuk undian oleh parti pemerintah Israel yang menyokong penambahan kawasan Tebing Barat dan sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dalam perkara itu. Menurut beliau, undi oleh jawatankuasa pusat Parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu itu tidak boleh dilaksanakan tanpa memperoleh sokongan penuh AS. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di […]

Trump ancam henti bantu Pakistan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengancam menghentikan bantuan kepada Pakistan menerusi Twitter pertamanya pada 2018, kerana dianggap ‘berbohong’ dan ‘menipu’. Malah, Trump menganggap Islamabad menyediakan ‘syurga perlindungan untuk kumpulan pengganas.’ Kenyataan Trump ternyata mengundang reaksi pantas Pakistan yang mengatakan negara itu sudah melakukan banyak perkara untuk membantu Washington, terutama dalam menghapuskan kumpulan al-Qaeda. […]

Arab Saudi umum kenaikan harga petrol sehingga 126 peratus

RIYADH 1 Jan. – Arab Saudi mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus hari ini. Agensi berita tempatan, SPA melaporkan, susulan pengumuman tersebut, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini Selain itu, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 […]

Wanita Palestin tampar askar Israel bakal didakwa

BAITULMAQDIS 1 Jan. – Pihak berkuasa Israel memfailkan dakwaan ke atas seorang wanita Palestin selepas video menunjukkan dia dan sepupunya menampar dan menyepak dua askar Zionis di jajahan Tebing Barat tular di media sosial. Dalam rakaman video itu, wanita berkenaan, Nour Tamimi, 20, dan sepupunya, Ahed Tamimi, 16, dilihat menghampiri dua tentera rejim di perkampungan […]

Amaran merah 2018: Perang dan konflik

NEW YORK 1 Jan. – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, semalam mengeluarkan amaran merah kepada dunia menjelang ketibaan tahun 2018. Menerusi mesej Tahun Baharu, memberi amaran tentang ancaman perang nuklear dan perubahan iklim selain konflik yang dijangka berlaku pada tahun ini. “Konflik semakin meruncing dan bahaya baru telah muncul. Kebimbangan global tentang senjata nuklear adalah […]

Revolusi kelaparan’ landa Iran

TEHERAN 1 Jan. – Timur Tengah kembali dilanda protes antikerajaan selepas rantau itu digemparkan dengan gelombang revolusi Arab Spring pada 2011. Beberapa bandar di Iran menyaksikan siri bantahan selama tiga hari berturut-turut ke atas Presiden Hassan Rouhani selepas ia bermula di Mashhad pada Khamis lalu dan disifatkan demonstrasi terbesar sejak Protes Gerakan Hijau pada 2009. […]

Malaysia akan terus bantu saudara se-Islam – PM Najib

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Malaysia akan terus sedaya upaya membantu saudara se-Islam di Palestin dan Myanmar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, beliau berkata semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia perlu bersatu hati untuk menamatkan segala penderitaan dan penindasan terhadap mereka. “Semoga Allah menyatukan hati-hati kita dan berterusan mengurniakan rahmat […]