Jenayah buli siber dijangka meningkat jika filem ganas dalam internet tak disekat

KEPALA BATAS, 19 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangka kes jenayah buli siber akan meningkat jika filem-filem berunsur ganas dalam internet tidak disekat. Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata, dalam zaman internet ini, pelbagai jenis filem boleh ditonton dalam laman web. Katanya, […]

Polis, sami Buddha bakar masjid ditahan

COLOMBO, 19 Jun- Pihak berkuasa Sri Lanka menahan seorang anggota polis dan seorang sami Buddha yang dituduh mengetuai kumpulan pelampau membakar masjid dan kedai buku milik penduduk Islam di sini. Timbalan Ketua Polis, Priyantha Jayakody berkata, rakaman kamera menunjukkan suspek bersama dua orang lagi membakar beberapa bangunan di Panadura pinggir ibu kota. “Mereka ditahan selepas […]

Cantik luaran tetapi rosak dalaman: Jakim

SHAH ALAM 19 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengingatkan masyarakat bahawa perjuangan atas nama hak kebebasan dan hak persamaan dalam isu LGBT hanyalah kosmetik yang nampak cantik pada luaran, tetapi rosak dalaman. Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah sebenar melibatkan penyimpangan tabii golongan LGBT. “Perkara lebih […]

YADIM perluas dakwah muamalah

PUTRAJAYA 10 Jun – Jelajah Muamalah Ummah (JMU) 2017 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meneruskan usaha untuk memberi penerangan kepada golongan muda mengenai kepentingan muamalah Islam dalam kehidupan. Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad berkata, objektif utama JMU yang bermula hari ini hingga 15 Jun adalah untuk membudayakan pemikiran pemikiran serta pemahaman masyarakat […]

Jenayah kebencian sasar masyarakat Islam meningkat di London

LONDON, 8 Jun – Datuk Bandar London, Sadiq Khan mendedahkan bilangan kes jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam meningkat dengan ketara susulan serangan pengganas di kota itu Sabtu lalu, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). “Terdapat peningkatan ketara kes-kes melibatkan jenayah kebencian dan Islamophobia selepas serangan di London Bridge,” tulis Khan dalam laman sosialnya pada Rabu. […]

Taksub rosakkan agama, akidah – TPM

JOHOR BAHRU 8 Jun – Ketaksuban melampau bukan sahaja merosakkan agama, malah boleh mengalihkan akidah seseorang umatnya. Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi mengingatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mengamalkan ketaksuban melampau kerana tindakan itu boleh menghancurkan agama suci itu, mereka dan keluarga. “Kekhuatiran terhadap soal ketaksuban ini adalah […]

Parlimen Iran dibom Daesh

12 orang terbunuh, 39 cedera dalam dua serangan 7 individu bersenjata TEHRAN 7 Jun – Seramai 12 orang termasuk seorang pengawal kesela­matan Parlimen Iran terbu­nuh manakala 39 lagi cedera se­le­pas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata me­lancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen di Tehran dan di makam Ayatollah Khomeini di selatan ibu negara […]

Sivarasa mohon maaf kepada Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakannya mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik, Rabu lalu. Wakil rakyat PKR itu berkata, dia telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor menerusi sepucuk surat bertarikh […]

Belia masih mahu definisikan diri dengan agama Islam

BANGI, 7 Jun – Hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) mendedahkan bahawa kebanyakan golongan muda Melayu masih mahu mendefinisikan diri mereka dengan agama Islam. Pegawai Penyelidik ZIL, Assiddiq Fauzan berkata, kajian itu dijalankan pada Oktober hingga Disember tahun lalu terhadap 3,000 pengundi Melayu di lima kawasan Parlimen di Selangor. Lima kawasan tersebut merangkumi Gombak, […]

Seludup mercun waktu terawih

TUMPAT 7 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor mematahkan cubaan seludup mercun bernilai RM10,000 dalam serbuan di pangkalan haram Aziz di kampung Derdap malam tadi. Pegawai Pemerintahnya, Asisten Suprtitanden Ahmad Amri Abd Rahman berkata, sebanyak 1,260 batang mercun roket dan 102 kotak lagi adalah mercun pelbagai jenis di rampas. Katanya, aktiviti […]