402 sekolah dalam perhatian

Sekolah rendah dan menengah berhadapan masalah disiplin PUTRAJAYA 21 Jun – Sebanyak 402 buah sekolah menengah dan rendah di negara ini sedang dalam pemerhatian Kementerian Pendidikan berikutan isu disiplin pelajar. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 311 buah sekolah berdepan masalah disiplin manakala 91 lagi dikategorikan sebagai sekolah […]

Raja Salman lantik anak sebagai Putera Mahkota Arab Saudi

RIYADH, 21 Jun – Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mengumumkan pelantikan anaknya, Mohammed sebagai Putera Mahkota. Pelantikan itu menamatkan proses peralihan kuasa, menggantikan bekas putera mahkota, Mohammed bin Nayef yang dipecat, baru-baru ini. Mohammed, 31, yang sebelum ini Timbalan Putera Mahkota turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. […]

Sukarelawan Al-Falah sampaikan bantuan sempena JMU 2017

PUTRAJAYA 22 Jun – Pasukan Sukarelawan Al-Falah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan pelbagai program khidmat bakti yang melibatkan penduduk-penduduk kurang bernasib baik sepanjang program Jelajah Muamalah Ummah 2017 Politeknik Malaysia zon selatan pada 10 hingga 15 Jun lepas. Penyelaras program JMU 2017, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, dalam jelajah kali ini, program khidmat […]

Sahabat YADIM berjaya anjur Irsyad 2017.

PUTRAJAYA 21 Jun – Buat sekian kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya menganjurkan program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (Irsyad 2017), iaitu sebuah program untuk mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan. Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zaman Karulani berkata, yang menarik mengenai program ini adalah ia dilaksanakan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM yang merupakan […]

Tahniah peserta JMU 2017 – Dr Yusri

PUTRAJAYA 21 Jun – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad mengucapkan tahniah kepada para peserta Jelajah Muamalah Ummah (JMU) 2017 yang berjaya melengkapkan misi jelajah ke politeknik-politeknik zon selatan yang bermula 10 Jun hingga 15 Jun. Katanya, misi menyampaikan dakwah pada bulan Ramadan sememangnya mencabar dan dengan sebab itu ucapan tahniah […]

Islamophobia makin menebal

KUALA LUMPUR 20 Jun – ‘Go back to your own country!’. Itu merupakan an­tara kata-kata kesat dan penghinaan yang dilontarkan oleh penduduk di London kepada pelajar-pelajar Malaysia beragama Islam yang tinggal di sana. Penuntut Kejuruteraan Kimia di University College London, Jalaluddin Mohd Zaiki, 23, memberitahu, Islamophobia di London semakin membimbangkan berikutan daripada kejadian yang berlaku […]

Ambil tindakan terhadap pendukung LGBT

SHAH ALAM 21 Jun – Pihak berkuasa perlu menggunakan peruntukan undang-undang dan enakmen syariah negeri yang sedia ada untuk mengambil tindakan sewajarnya demi mengawal penyebaran fahaman dan ajaran sesat. Yang DiPertuan Agong Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Datuk As’ari Ibrahim berkata, ia bagi menyekat ancaman ke atas kesucian akidah dan agama Islam di negara ini. […]

Zuraini imam wanita masjid liberal di Jerman

BANGI,20 Jun – Tindakan anak perempuan kepada seorang bekas wakil rakyat Malaysia menjadi imam jemaah lelaki dan wanita di sebuah masjid liberal di Berlin, Jerman mendapat kecaman pelbagai pihak. Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid menjadi perhatian selepas namanya dilapor sebagai salah seorang imam di Masjid Ibnu Rushd-Goethe, yang baru dibuka di Berlin […]

YADIM Utara giat anjur street dakwah

SUNGAI PETANI 20 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan siri-siri program Bicara Santai @ Street Dakwah sepanjang Ramadan ini bagi menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada masyarakat dengan meluas secara santai. Pengurus Eksekutifnya, Hafsah Husain berkata, program berkenaan telah diadakan bermula 1 Jun bertempat di Star Parade, Alor Setar dengan menampilkan penceramah […]

Britain berduka lagi

10 umat Islam cedera dirempuh van putih LONDON 19 Jun – Britain terus berdepan de­ngan serangan keganasan terbaharu apabila sebuah van merempuh umat Islam yang baru keluar dari masjid Finsbury Park di sini, hari ini, mencederakan 10 orang jemaahnya. Mail Online melaporkan, penyerang yang menaiki sebuah van putih sempat menjerit, ‘saya mahu bunuh semua umat […]