MDN tubuh Panel Cendiakawan Ulung
PUTRAJAYA 14 Julai – Majlis Dakwah Negara (MDN) telah mengadakan majlis pelancaran Panel Cendiakwan Ulung (PCU) yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), pada 13 Julai di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dalam majlis itu, seramai 22 orang cendekiawan Muslim telah […]
FMD bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA 13 Julai – Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malayasia telah mengadakan majlis perjumpaan bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) pada 12 Julai lalu di Kompleks Islam Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan itu adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan para penyelaras FMD […]
Kelantan lulus hukuman sebat
KOTA BHARU 12 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di tempat terbuka. Perkara penting lain yang turut terkandung dalam pindaan enakmen tersebut ialah membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. Enakmen itu merupakan […]
Malaysia negara Islam contoh
PUTRAJAYA 12 Julai – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari. Beliau berkata, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya lagi maju di kalangan dunia Arab walaupun menghadapi “situasi yang amat sukar” disebabkan komposisi masyarakatnya yang […]
Menteri lawat negara Arab, bincang isu Daesh, Qatar
PUTRAJAYA 12 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Bahrain minggu depan bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia dalam isu-isu penting seperti Daesh dan krisis Qatar-NegaraTeluk. Hishammuddin yang juga Menteri dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata, adalah amat penting bagi Malaysia memahami situasi sebenar […]
Bantah keputusan UNESCO, Israel hina umat Islam masuk masjid
RAMALLAH, 12 Julai – Pasukan keselamatan Israel bertindak agresif apabila menghina umat Islam yang memasuki masjid Al Ebrahimi, Hebron di Tebing Barat. Tindakan rejim berkenaan adalah sebagai membalas dendam ekoran daripada keputusan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) mengisytihar Bandar Lama Hebron dan Al Ebrahimi sebagai tapak warisan dunia. Imam Masjid Al Ebrahimi, Hifzi […]
20 anak yatim sertai Penerbangan Prihatin
KOTA KINABALU 11 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah melalui usaha kolaborasi dengan Maswings telah menganjurkan Program Penerbangan Prihatin bagi meraikan 20 anak yatim merasai pengalaman menaiki kapal terbang ke destinasi di negeri berkenaan pada 7 dan 8 Julai lalu. Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, pada kali ini, program melibatkan […]
Erdogan rancang adakan lawatan serantau, bantu atasi krisis Qatar
ANKARA, 10 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkemungkinan akan membuat lawatan ke beberapa negara serantau untuk membantu menyelesaikan krisis yang sedang melanda Qatar. “Saya mungkin mempunyai lawatan diplomatik selepas 15 Julai. Saya mahu melawat rantau ini sekali lagi. Kami mungkin menyumbang kepada penyusunan semula dialog menerusi lawatan ke rantau ini. Kami merancang untuk […]
Cubaan tayang filem gay di Penangpac cetus kemarahan
PULAU PINANG 10 Julai – Cubaan sebuah pusat teater di sini, Performing Arts Centre of Penang (Penangpac) menayangkan filem bertemakan gay malam esok mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial. Pendedahan tayangan itu dilaporkan sebuah portal berita menara.my yang mendakwa, Penangpac akan menayangkan filem berjudul Lost In Paradise itu […]
Turki tawar bantu urus 3,000 pelarian Syria di Malaysia
ANKARA, 22 Jun –Turki menawarkan kepakarannya untuk membantu mengendalikan 3,000 pelarian Syria yang akan mendapat perlindungan di Malaysia. Presiden Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Jabatan Perdana Menteri Turki, Mehmet Halis Bilden, Malaysia boleh menghantar pasukan pakar dan agensi kemanusiaannya ke negaranya bagi mendapatkan pandangan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam mengurus kehidupan pelarian. Katanya, […]