Askar Israel sepak lelaki Palestin sedang solat

BAITULMAQDIS 24 Julai – Kebiadapan rejim Israel terserlah apabila tular satu video memaparkan askarnya menendang seorang lelaki yang sedang solat. Video berdurasi 45 saat yang disiar di Twitter itu, menunjukkan seorang askar Israel menendang seorang lelaki yang sedang solat di kawasan terbuka di Kota Lama, Baitulmaqdis. Tingkah laku ganas dan kurang ajar itu berlaku selepas […]

Vandalisme MRT memalukan

KUALA LUMPUR 24 Julai – Gejala vandalisme terhadap kemudahan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang baharu sahaja beroperasi pada 17 Julai yang lalu disifatkan sebagai insiden yang memalukan. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk memberi kemudahan kepada rakyat, masih ada tidak tahu […]

Cadang suami dera isteri disebat di khalayak

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pas bersetuju dengan cadangan supaya suami yang mendera isterinya dihukum sebat di khalayak ramai untuk memberi pengajaran dan pendidikan. Perkara itu dinyatakan oleh Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) yang menjelaskan perkara itu sebagai hukum takzir supaya suami berkenaan kembali ke pangkal jalan. “Macam mana prosedur untuk kita buat, yang penting untuk […]

Liqa Khas Asatizah

PUTRAJAYA 24 Julai – Satu Liqa Liqa Khas Asatizah Bersama Sayyid Ahmad Alawi al-Maliki, seorang ulama terkenal dari Arab Saudi telah diadakan di ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 17 Julai dengan dihadiri oleh para agawaman. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad serta beberapa kakitangan YADIM yang lain. […]

Fatah lancar intifada lindungi Al-Aqsa

Tentangan terhadap Zionis tidak akan berhenti sehingga Israel hentikan penjajahan BAITULMAQDIS 23 Julai – Pihak berkuasa Fatah me­lancarkan intifada atau kebangkitan terbaharu rakyat Palestin bagi meningkatkan usaha berterusan melindungi Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis. Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada penyokong­nya, pergerakan yang diketuai Pre­siden, Mahmoud Abbas itu menegaskan, kempen di Baitulmaqdis telah bermula […]

Jangan biarkan Islam diratah

KOTA BHARU 23 Julai – Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat Islam mengenai akibat buruk daripada perpecahan yang kesannya masih dirasai oleh dunia Islam kini. Ketika berucap di hadapan 100,000 orang sempena malam kemuncak Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Keempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV […]

Qatar sedia untuk dialog

DOHA, 23 Julai – Qatar sudah bersedia untuk berdialog bagi menyelesaikan krisis diplomatik dengan kumpulan pimpinan Saudi. Menyatakan perkara itu, Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani bagaimanapun menegaskan, apa-apa penyelesaian krisis harus menghormati kedaulatan negaranya. “Kami terbuka untuk berdialog untuk menyelesaikan masalah yang luar biasa ini selagi kedaulatan Qatar dihormati,” kata Sheikh Tamim dalam […]

KIP lambang kebanggaan Islam di Malaysia

PUTRAJAYA 18 Julai : Pembinaan Kompleks Islam Putrajaya (KIP) di Presint 3 di sini, menjadi bukti perlambangan kebanggaan agama Islam di Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan kompleks berkenaan berkata KIP berperanan secara signifikan sebagai mercu tanda dan kesinambungan kepada kegemilangan pentadbiran Islam. Katanya, dengan pemusatan agensi agama dalam satu kompleks, […]

Ancaman arak dan judi

Oleh ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Mufti Wilayah Persekutuan  Sayid Qutub berkata: Kemudian ayat yang berikut menerangkan kepada kaum Muslimin hukum arak dan berjudi. Kedua-duanya merupakan kenikmatan hidup yang amat disukai oleh orang Arab pada masa mereka belum lagi mempunyai minat dan cita-cita tinggi, yang dapat mereka habiskan kegiatan-kegiatan mereka […]

Maybank raih 20 anugerah Islam

KUALA LUMPUR 17 Julai – Maybank Group Islamic Banking meraih 20 anugerah dalam Anugerah Asset Triple A 2017 yang diadakan baru-baru ini. Ketua Maybank Group Islamic Banking dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, antara anugerah yang berjaya diraih institusi perbankan berkenaan termasuklah The Islamic Bank of the Year bagi […]