Suu Kyi elak bincang isu wanita, gadis Rohingya dirogol
NAYPYIDAW, 27 Dis. – Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dilaporkan cuba mengelak untuk berbincang berhubung laporan wanita dan gadis Rohingya dirogol rejim negara itu, sewaktu pertemuannya dengan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pegawai kanan PBB berkaitan keganasan seksual dalam konflik, Pramila Patten dalam lawatan selama empat hari ke Myanmar pada pertengahan bulan ini, […]
44 NGO Islam MAIS gesa polis, SKMM ambil tindakan
SHAH ALAM 27 Dis. – Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGOi) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menggesa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak tegas terhadap penulis blog ‘steadyaku47’ yang didakwa mengkritik dan memfitnah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Antara 44 NGOi itu adalah Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia […]
AS bertindak potong sumbangan untuk bajet PBB
NEW YORK 27 Dis. – Selepas Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan merancang untuk memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis baru-baru ini, pentadbiran AS kini mengambil langkah drastik dengan memotong sumbangan negara itu kepada bajet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas alasan ingin menjadikan badan dunia […]
Jangan tertipu pakej murah umrah
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengingatkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah supaya tidak tertipu dengan pakej murah yang ditawarkan syarikat atau orang tengah. Naib Presiden Umrah dan Haji MATTA Shahrulnezam Mohd Daud berkata untuk mengelak daripada tertipu, bakal jemaah eloklah berurusan secara terus dengan syarikat yang diberi […]
Erdogan gelar Assad pengganas
TUNIS 27 Dis. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggelar Presiden Syria, Bashar al-Assad sebagai pengganas dan mendakwa adalah mustahil usaha perdamaian diteruskan dengan pemimpin berkenaan. Turki menuntut pengunduran Assad daripada kerajaan dan menyokong usaha penentang kerajaan Syria untuk menggulingkan Presiden Syria berkenaan, namun mula mengubah nada kelantangan itu selepas Ankara mula bekerjasama dengan […]
Rakyat Malaysia di Yaman selamat – Kementerian Luar
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Rakyat Malaysia di Yaman berada dalam keadaan selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menghubungi mereka susulan situasi tidak menentu di negara itu. Media antarabangsa hari ini melaporkan, gabungan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar di Yaman yang menyebabkan 25 orang terbunuh. Kementerian […]
Remaja Palestin disabit bersalah bunuh 3 penduduk Israel
BAITULMAQDIS 27 Dis. – Pendakwa raya mahkamah tentera Israel, semalam memohon hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap remaja Palestin yang disabitkan bersalah membunuh tiga penduduk Israel di Tebing Barat Julai lalu. Omar al-Abed, 20, didapati bersalah oleh mahkamah di Ofer berhampiran Ramallah membunuh tiga anggota keluarga Solomon di rumah mereka pada 21 Julai lalu. Pendakwa […]
Jemaah umrah terkandas akibat tarikan pakej murah
PETALING JAYA 27 Dis. : Sekumpulan 453 jemaah umrah yang sepatutnya pulang ke tanahair lima hari lalu berhadapan pengalaman pahit apabila dua kali terkandas di lapangan terbang Arab Saudi. Kumpulan itu telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin ABdulaziz di Madinah untuk berlepas pada 22 Disember lalu tetapi perancangan itu tergendala. Pada Selasa, jemaah […]
Hamas dedah rancangan Amerika Syarikat
GAZA, 27 Dis – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mendedahkan rancangan Amerika Syarikat (AS) menawarkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), perkampungan Abu Dis, yang terletak di pinggir Baitulmaqdis, sebagai ibu negara Palestin. Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh juga mendedahkan rancangan AS untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa kepada tiga bahagian dan mewujudkan entiti politik di Semenanjung Gaza yang […]
Sambut tahun baru 2018 dengan #QuranHour
KOTA KINABALU 27 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, menampilkan kelainan dalam menyambut tahun baru masehi 2018 dengan menganjurkan progam Satu Jam Bersama Al-Quran (#QuranHour) Peringkat Negeri Sabah 2017 Bil.2/2017. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan akan diadakan pada 31 Disember ini bermula pukul 5 petang sehingga 9.30 malam bertempat […]