Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara
PUTRAJAYA 1 Ogos – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan menganjurkan Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara bertemakan Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat pada 5 dan 6 Ogos ini bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya. Konvensyen ini dijadualkan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah yang turut akan […]
Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR MalaYSIA
PUTRAJAYA 1 Ogos – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan Sesi Taklimat Perkembangan Gerak Kerja Persediaan NGI-UPR Malaysia 2018 pada 4 Ogos ini bertempat di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Putrajaya. Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, program itu adalah anjuran bersama Kumpulan Kerja […]
YADIM Sarawak bantu penduduk Kampung Penan
KUCHING 1 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak bersama badan bukan kerajaan ( NGO) Islam telah mengadakan Program Bantuan Perubatan dan Majlis Ramah Mesra Raya pada 29 dan 30 Julai lalu bertempat di Kampung Penan Muslim, Bintulu. Pengurus Eksekutif YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program ini telah melibatkan banyak pihak […]
Fatwa sepatutnya mengikat
KUALA LUMPUR 31 Julai – Fatwa yang diwartakan di peringkat negeri adalah undang-undang Islam yang sah dan sewajarnya menjadi rujukan dan panduan dalam membuat penghukuman yang melibatkan kepentingan Islam termasuk dalam soal nasab kanak-kanak. Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, perkara tersebut adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri […]
Nafi kubur di Singapura dipindahkan ke Johor
JOHOR BAHRU 31 Julai – Kerajaan negeri menafikan kubur-kubur orang Islam di Choa Chu Kang, Singapura akan dipindahkan ke Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembesaran Pangkalan Udara Tengah di kawasan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara berkenaan tidak timbul sama sekali malah kerajaan negeri juga tidak tahu menahu mengenai perkara […]
OIC adakan mesyuarat tergempar di Istanbul bincang isu Baitulmaqdis
RIYADH, 31 Julai – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar di Istanbul, Turki pada Selasa bagi membincangkan isu Israel-Palestin di Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua. Menteri-Menteri Luar OIC akan membincangkan isu serta langkah bagi menyokong umat Islam di Baitulmaqdis dalam usaha memelihara identiti dan kesucian Islam termasuk di Masjid Al Aqsa, memetik […]
Malaysia komited pertahan dua kota suci umat Islam
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Malaysia komited untuk mempertahankan kota suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah daripada sebarang bentuk ancaman atau pun serangan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia komited untuk bersama-sama Arab Saudi melindungi dua kota suci itu. “Keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi apabila ada kaitan dengan dua kota […]
Kelewatan jemaah haji dapat visa bakal selesai: TH
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat. Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata, proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang […]
Dua blok asrama maahad tahfiz musnah terbakar
SEPANG 29 Julai – Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah di Jalan Besar Salak di sini yang menempatkan 100 pelajar musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi. Pembantu Tadbir maahad tahfiz terbabit, Jaafar Ismail berkata, kejadian berlaku di asrama yang dihuni pelajar tahfiz lelaki berumur di antara lapan ke 12 […]
Nasab anak luar nikah: Keputusan Jakim sama, kekalkan peraturan bin, binti Abdullah
BANGI, 29 Julai – Penasaban anak tidak sah taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. “Semoga usaha pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara untuk menfailkan rayuan terhadap kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan akan berjalan lancar,” katanya dalam satu […]