Ahli politik, agama digesa henti perbalahan elak umat Islam berpecah

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Perbalahan yang berlaku antara pemimpin politik dan agama akan mengundang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini, demikian tegas Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid. Meskipun beliau percaya mereka yang terlibat dalam perbalahan itu adalah pihak yang ikhlas dalam perjuangan umat Islam, namun katanya, […]

Pendidikan agama harus pentingkan kefahaman terhadap Islam

PUTRAJAYA 6 Ogos- Pendidikan agama Islam di negara ini harus dibuat penyemakan yang komprehensif bagi melahirkan pendidikan agama yang lebih menekankan pengisian “isi daripada kulit”, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar. Beliau berkata badan yang paling layak untuk mengambil inisiatif itu adalah Persidangan Raja-Raja Melayu kerana raja-raja merupakan ketua agama Islam […]

Raja-raja Melayu pelindung rakyat dari ‘ombak perebutan kuasa’ – Sultan Nazrin

PUTRAJAYA 5 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah sultan dan raja-raja Melayu akan terus menjadi pelindung kepada rakyat dalam menghadapi ‘ombak perebutan kuasa’. Jelas Sultan Nazrin, ketika ini raja-raja Melayu dalam kedudukan terbaik untuk melindungi kepentingan rakyat. “Ketika warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa, yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan barang […]

Prinsip Islam, Melayu tidak boleh dikompromi – Sultan Nazrin

PUTRAJAYA 5 Ogos – Perkara yang dipersetujui ketika penggubalan Perlembagaan Merdeka menyentuh prinsip asas terutama Islam dan Melayu tidak harus diperdagangkan untuk tujuan meraih keuntungan politik jangka pendek. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip berkenaan tidak boleh sama sekali dikompromi dan tidak wajar dikorbankan kerana kepentingan untuk mengutamakan atau melindungi mana-mana pihak, organisasi […]

Pelampau tiada tempat di Malaysia

Oleh Datuk Dr Ismail Ibrahim NEGARA kita bakal menempa satu sejarah dalam mencanai pemikiran bangsa dengan berlangsungnya satu konvensyen, bertujuan memperkukuh institusi Raja di negara kita yang menjadi pasak dan tumang negara. Konvensyen ini akan berlangsung ketika rakyat keseluruhannya haruslah menyedari akan sejarah negara dalam pembangunan dan peradabannya yang tinggi hasil kemantapan peranan Institusi Raja […]

KUIS meterai MoU bersama 4 institusi termasuk YADIM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memeterai empat memorandum persefahaman (MoU) antara fakulti Pengajian Peradaban Islam dengan empat institusi lain termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 Ogos lalu bagi memperkasa sistem pendidikan Islam. Rektor KUIS, Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri berkata, tiga institusi tempatan terlibat ialah Persatuan […]

Skor Indeks Syariah Malaysia 2017 meningkat

PUTRAJAYA 3 Ogos –  Skor Indeks Syariah Malaysia bagi 2017 sebanyak 76.06 peratus, meningkat 0.64 peratus berbanding skor pada 2015 iaitu 75.42 peratus. Bagi tahun ini, skor Indeks Syariah Malaysia mencatatkan peningkatan yang amat ketara dalam empat daripada lapan bidang iaitu kesihatan, prasarana dan persekitaran, ekonomi dan sosial. Bidang kesihatan mencatat skor 77.79 peratus, prasarana […]

Harussani tokoh ulama sepanjang zaman

PUTRAJAYA 3 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri di sini hari ini. Pada majlis sama, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan […]

Amerika mahu potong bantuan RM1.28 bilion kepada Palestin

WASHINGTON, 3 Ogos – Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat (AS) semalam, meluluskan usul memotong bantuan kepada Palestin sebanyak AS$300 juta (RM1.28 bilion), kecuali Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghentikan apa yang dikatakan sebagai ‘bayaran hadiah untuk jenayah kekerasan’. Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi 17-4 bagi pelaksanaan langkah itu yang dikenali sebagai Taylor Force Act, selepas seorang veteran […]

Pelaksanaan Maqasid Syariah bantu pembangunan

PUTRAJAYA, 3 Ogos – Pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara telah berjaya memastikan ekonomi umat Islam terutamanya masyarakat Melayu tidak terus ketinggalan di belakang berbanding kaum lain di negara ini, kata seorang tokoh agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, konsep Maqasid Syariah mula ditonjolkan di Malaysia ketika penubuhan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang […]