Laporan terbaru dedah kekejaman terhadap Rohingya

BANGKOK 6 Sept. – Ko Mratt, etnik Rohingya dari Myanmar, menceritakan kisah tragiknya kepada penyelidik, yang beliau hampir kehilangan seluruh anggota keluarganya dalam pembunuhan kejam yang didakwa dilakukan oleh tentera Myanmar tahun lepas. Bekas penduduk perbandaran Maungdaw itu berkata, beliau kehilangan adik yang sedang melahirkan bayi, seorang lagi adik yang hamil tujuh bulan, anak lelaki […]

Harus siar gambar, video sembelihan dengan syarat tertentu: Mufti KL

BANGI, 6 Sept. – Tindakan menyiarkan gambar atau video penyembelihan ibadah korban di media sosial hukumannya adalah harus, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Jelas beliau menerusi Irsyad Al-Fatwa siri ke-204, menayang gambar dan video penyembelihan adalah harus, namun mestilah dilaksanakan mengikut garis panduan yang khusus. Katanya, penerbitan gambar dan video penyembelihan […]

30 juta meter padu air diguna musim haji

MEKAH 6 Sept. – Kira-kira 30 juta meter padu air bersih digunakan di Mekah dan Madinah semasa musim haji tahun ini. Menurut Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian, Abdul Rahman Al-Fadli, sebanyak 1.5 juta guni tepung juga digunakan iaitu meningkat 17 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu. “Kira-kira 850 meter padu air bersih dipam […]

Ancaman pelampau Syiah

Oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hizam Hanafiah SYIAH, antara sebahagian kumpulan dalam Islam berpotensi memberikan ancaman terhadap keselamatan negara. Di Bahrain, negara majoriti Syiah, pihak berkuasanya telah memenjarakan beratus-ratus pelampau Syiah sejak 2011 yang menentang kerajaan dan melakukan serangan bersenjata serta bom ke atas pihak berkuasa. Terdapat kes 60 pengikut Syiah dituduh di mahkamah kerana […]

Penganiayaan terhadap umat Islam Myanmar meningkat, bukan Rohingya sahaja

MYANMAR, 6 Sept. – Bukan sahaja muslim Rohingya yang kini berdepan penganiayaan dan penyeksaan oleh rejim Myanmar, malah umat Islam daripada etnik lain di negara itu juga mengalami kekerasan yang sama. Mereka tidak diberikan kad pengenalan dan paling malang di sesetengah tempat, akses ke masjid juga disekat. Rangkaian Hak Asasi Manusia Myanmar (BHRN) melaporkan penganiayaan […]

Pembaca berita bertudung mangsa kebencian

LONDON 5 Sept. – Wartawan Channel 4 News, Fatima Manji yang dikritik kerana memakai tudung ketika membaca berita mendakwa menerima kata-kata lucah daripada kanak-kanak berusia 12 tahun baru-baru ini. Lapor Mail Online, Fatima berkata, kanak-kanak itu mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika dia sedang berjalan pulang dari tempat kerja di tengah London kelmarin. “Saya menangis. Terlalu […]

3 sel pengganas rancang serangan tumpas

19 anggota militan termasuk 11 warga asing ditahan KUALA LUMPUR 5 Sept. – Percubaan tiga kumpulan pengganas membabitkan sel berbeza melancarkan serangan semasa berlangsungnya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur dan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 berjaya dipatahkan apabila 19 individu termasuk 11 warga asing diberkas dalam serbuan di empat negeri baru-baru ini. Kesemua mereka yang disyaki […]

Haji Abdullah Abbas Nasution

Haji Abdullah Abbas Nasution juga seorang ulama yang giat berdakwah menerusi bidang penulisan. Haji Abdullah Abbas Nasution lahir di Langgar, Alor Star, Kedah pada 1 Mac 1912. Haji Abdullah mendapat pendidikan awal daripada bapanya hingga meningkat usia 10 tahun. Selepas itu, barulah beliau memasuki Sekolah Melayu Langgar pada tahun 1920. Pada tahun 1923, beliau menyambung […]

Program ibadah korban Sukarelawan Al-Falah Pahang

MUADZAM SHAH 5 Sept.  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah Negeri Pahang dan Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan program majlis sambutan Aidil Adha dan ibadah korban pada 4 September. Program telah diadakan di Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah dan melibatkan ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah dari politeknik berkenaan serta ahli-ahli dari dari Felda […]

Malam Burdah Johor penuh pengisian rohani

JOHOR BAHRU: Malam Burdah Johor yang julung kali diadakan di Pekarangan Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, di sini, pada 18 Ogos lalu, berjaya menarik penyertaan lebih 2,000 pengunjung. Program anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan dengan Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) itu turut mendapat kerjasama Ahli Sunnah Research Group (ARG). […]