23 pelajar, 2 warden maut dalam kebakaran pusat tahfiz
Enam pelajar dan seorang orang awam turut cedera dalam kebakara terebut. KUALA LUMPUR 14 Sept. – Seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan […]
Krisis Rohingya: Jakim saran masjid, surau adakan solat hajat
BANGI, 13 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan supaya isu Rohingya tidak berpanjangan. Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihak turut mengambil inisiatif melalui beberapa masjid utamanya termasuk di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk […]
JAWI akan ambil keterangan berhubung dakwaan Siti Kassim
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mendapatkan keterangan mengenai dakwaan peguam Siti Zabedah Kassim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim berhubung ibadah korban yang bercanggah dengan pandangan yang lazim, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengarah Jawi, Abdul Aziz Jusoh berkata, masyarakat umum telah menyuarakan kegelisahan mereka kepada pihaknya berhubung dakwaan […]
TUDM siap sedia laksana misi kemanusiaan
SUBANG 13 Sept. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh. Panglima TUDM, Tan Sri Affendi Buang berkata, pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan. […]
Dipenjara dua tahun kerana mengajar Islam
BEIJING, 12 Sept. – Seorang warga China daripada minoriti muslim negara itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana membentuk kumpulan perbincangan atas talian untuk mengajar mengenai agama Islam. Huang Shike, 49, ditangkap di wilayah Xinjiang pada 2016, tiga bulan selepas beliau membentuk kumpulan perbincangan mengenai Islam di aplikasi media sosial, WeChat. Menurut laman web rasmi, […]
Arab Saudi patahkan cubaan serangan Daesh
DUBAI 12 Sept. – Arab Saudi menggagalkan cubaan kumpulan pengganas Daesh melakukan pengeboman bunuh diri terhadap ibu pejabat Kementerian Pertahanan negara dan juga menahan empat orang yang disyaki. Dua daripada mereka adalah rakyat Yemen manakala dua lagi rakyat Arab Saudi, demikian menurut laporan agensi berita SPA. Mereka yang ditangkap didakwa cuba menyerang dua ibu pejabat […]
31 tahun lalu, baginda Islamkan kami
BALING 13 Sept. – Memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986 adalah kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di sini. Tok Batin, Razali Kulim berkata, Almarhum baginda individu pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut. Katanya, pengalaman manis lebih 30 tahun […]
Pelayaran dakwah Laksamana Cheng Ho
NAMA Laksamana Cheng Ho sudah tidak asing lagi di negara ini. Selain terkenal sebagai pelayar yang hebat dan bijak menjalinkan hubungan diplomatik antara negara, beliau turut terus diingati kerana aktif menyebarkan dakwah di kawasan disinggahinya. Cheng Ho atau nama penuh Islamnya Ma He atau Muhammad He berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan […]
Belasungkawa: Mangkatnya Sultan memerintah Kedah 59 tahun
ALOR SETAR, 11 Sept. – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun. Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Almarhum baginda begitu disenangi oleh semua, kerana cukup dikenali dengan perwatakan baik, […]
MNC, PKS digesa bekerjasama pasarkan produk halal ke peringkat global – TPM
KUALA LUMPUR, 11 Sept – Syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi di negara ini digesa menjalin kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan produk halal tempatan ke pasaran antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau turut mahu PKS tempatan berani merebut peluang bekerjasama dengan MNC untuk mengembangkan perniagaan mereka […]