Daesh rekrut rakyat Malaysia berjihad di Rakhine: Polis
MELAKA, 18 Sept. – Polis mengesahkan terdapat cubaan rakyat negara ini untuk ‘berjihad’ di Rakhine, Myanmar susulan penindasan ke atas masyarakat minoriti Islam Rohingya yang dihebahkan kumpulan militan Daesh. Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorisme Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu berkenaan dilihat menjadi senjata utama kumpulan berkenaan untuk mempengaruhi […]
Pelampau Buddha ancam bunuh
SITTWE – MYANMAR. 19 Sept. – Ribuan penduduk Islam Rohingya yang terlibat dengan keganasan di barat laut Myanmar merayu kepada pihak berkuasa untuk laluan selamat dari dua kampung selepas ia diancam pelampau Buddha dan kini kekurangan makanan. “Pelampau Buddha di Rakhine datang ke kampung Ah Nauk Pyin sambil menjerit menyuruh kami beredar atau semua Rohingya […]
Pendakwah perlu bijak guna pendekatan baru
KOTA KINABALU 19 Sept. – Pendakwah perlu bijak menggunakan pendekatan baru dalam berdakwah agar mesej yang disampaikan mudah diterima oleh golongan sasar, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Mohd Zaidi Ramli. Beliau berkata, para pendakwah boleh menggunakan kreativiti dalam melaksanakan dakwah bagi memudahkan penyampaian tetapi perlulah memastikan pendekatan itu berlandaskan al-Quran […]
Yang Lebih Utama…
Oleh MOHD GUNAWAN CHE AB AZIZ Allah Azza wa Jalla telah menegaskan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda dengan satu perkara yang besar. Perkara ini menjadi satu misi rabbani umat ini. Allah berfirman yang bermaksud: “…Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah […]
Pelontar pendapat negatif tak faham institusi tahfiz
IPOH 18 Sept. – Tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan segelintir masyarakat terhadap pentadbir dan guru tahfiz. Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, pihaknya menganggap pihak yang melontarkan pendapat negatif itu tidak memahami kerana tidak terlibat mendidik pelajar terbabit. “Bersabarlah tunggu siasatan sebelum keluarkan kenyataan […]
Netizen bantah pesta bir di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Ketika masyarakat mahukan pelbagai masalah sosial dibendung termasuk yang berpunca daripada pengambilan alkohol, ada pula pihak yang merancang untuk mengadakan satu pesta bir besar-besaran yang dinamakan Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober ini. Pesta itu meletakkan sasaran untuk mengumpulkan lebih 3,500 peminat minuman keras […]
Tragedi bukan tiket kritik pusat tahfiz
KUALA LUMPUR: Tragedi kebakaran yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tidak harus dijadikan tiket untuk mengkritik keseluruhan organisasi tahfiz di negara ini. Bendahari Kehormat, Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Kebangsaan, Maulana Mohd Dailami, berkata adalah tidak adil tragedi yang mengorbankan 23 nyawa itu dijadikan ukuran bagi menilai keseluruhan pendidikan di institusi tahfiz. Katanya, masih […]
Elak tular gambar mangsa kebakaran
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon orang ramai agar tidak menularkan gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Asyraf dalam catatan Facebooknya berkata, beliau kecewa dan sedih melihat banyak gambar mangsa disebar dan ditularkan sewenang-wenangya di laman sosial atau […]
Berhala moden membawa syirik tanpa disedari
Oleh IBANAH SUHROWARDIYAH SM Akibat salah guna telefon pintar dan kemudahan internet, boleh jadi tanpa disedari kita terperangkap dengan amalan syirik. Syirik yang tidak diampuni dosanya apabila kita mengamalkannya itu? Iya betul. Perbuatan yang menyekutukan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Bagaimana kita dapat dicap sebagai menyekutukan Allah sedangkan kita hanya memainkan gajet kita? Manusia pada […]
Menghayati perjuangan ulama Alam Melayu
Judul Buku: Tokoh-Tokoh Agama & Kemerdekaan di Alam Melayu Penulis : Tajuddin Saman & Abd. Manaf Ahmad Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Tahun : 2016 ( Cetakan ketiga) No ISBN : 983-9878-62-X Pengulas : Shaharom TM Sulaiman Alam Melayu merupakan bumi yang subur menerima perkembangan dakwah Islamiah sejak kedatangan Islam pada awal abad ke-12 […]