Doa
Oleh ABDUL RAZAK MAKSUD Tersebutlah sebuah kisah mengenai dua saudara yang telah kematian bapa. Adapun si abang cenderungnya kepada berniaga. Setiap hari dia berdoa agar Allah memberinya kekayaan dan kesenangan. Saban waktu dia berdoa agar kehidupannya berubah dengan ditambahi wang melimpah ruah dan kehidupan yang senang-lenang. Si abang mula berniaga. Dari sehari ke sehari perniagaannya […]
Jagalah Allah, maka dia akan menjagamu
Susunan WARTAWAN DAKWAH Ibnu Abbas berada di belakang Rasulullah SAW dan mendakap erat tubuh Baginda. Pada masa itu, usianya masih kecil lagi. Lalu Rasulullah SAW memberikannya nasihat: “Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya kau akan dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah […]
YADIM anjur `Sungai Tiram Berselawat’
PADA 11hb Disember 2017 bersamaan 22 Rabiulawal 1439H lalu telah berlangsung program Bingkisan Ilmu: Sungai Tiram Berselawat bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor. Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tiram, Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram dan Ahli Sunnah Research Group (ARG) Johor […]
Pas puji kelantangan Najib dalam isu Baitulmuqaddis
KOTA BHARU 15 Dis. – Langkah Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian tegas menentang tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Instanbul, Turki pada Rabu lalu wajar dipuji dan dihargai semua pihak. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah […]
Salur dana kepada Daesh guna bitcoin
NEW YORK 15 Dis.: Seorang juruteknik di hospital pinggir bandar dekat sini didakwa menggunakan mata wang digital kripto termasuk bitcoin untuk menaja kumpulan militan Daesh, dan ditangkap atas dakwaan pengubahan wang haram kerana menyokong organisasi pengganas asing dan penipuan bank, kata pendakwa raya, semalam Pendakwa raya persekutuan Suffolk County dalam kertas pertuduhan mendakwa Zoobia Shahnaz, […]
Keputusan OIC bukti negara Islam bersatu
SHAH ALAM 15 Dis.- Keputusan yang dibuat negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menyegerakan resolusi berkaitan kepentingan Baitulmaqdis kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuktikan negara Islam serius dalam memberi tekanan kepada Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut berkata, ia juga menunjukkan satu penyatuan dalam kalangan negara […]
Penghina Rasulullah didenda RM15,000, penjara enam bulan
IPOH 15 Dis – Suri rumah didenda RM15,000 dan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas kesalahan mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW di kawasan sebuah masjid di sini, Mei tahun lalu. Majistret Siti Hanum Md Sah turut memerintahkan tambahan hukuman penjara tiga bulan kepada tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, jika gagal […]
Tips berbelanja dengan berhemah
Tentukan matlamat kewangan Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu matlamat kewangan dan ke mana kita ingin menggunakannya. Sebagai contoh, mungkin ada antara kita yang bermatlamat menyambung pelajaran, membeli rumah, berkahwin, perbelanjaan rumah tangga, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan sewaktu persaraan. Apabila kita sudah menentukan matlamat kewangan sekali gus sudah pasti aliran kewangan, kita akan menjadi […]
Kesedaran muamalah Islam masih rendah
PUTRAJAYA 15 Dis. – Kesedaran mengenai muamalah Islam dalam kalangan masyarakat di negara ini masih rendah dan ia perlu didedahkan secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penjelasan berhubung perkara ini boleh diadakan dengan bantuan Jabatan Agama Negeri (JAIN) melalui institusi masjid. “Masyarakat hari […]
Pelajar sekolah menengah ungguli Al-Kubra Awards 2017
PUTRAJAYA 15 Dis. – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB)dan Nais Production masing-masing dinobatkan juara dalam kategori `Pelaburan Patuh Syariah’ dan `Takaful’ pada Pertandingan Video Pendek Cinta Muamalah 2017, Al-Kubra Awards yang diadakan semalam di Hotel Mariott, Putrajaya. Dengan kemenangan itu mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak, sijil penyertaan, bar emas yang […]