Kesucian Islam tidak akan sesekali digadaikan – PM
PUTRAJAYA 22 Dis. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau selaku Perdana Menteri tidak akan sekali-kali menggadaikan kesucian Islam dalam kewajipan mempertahankan Baitulmuqaddis. Menurut beliau, meskipun Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan kenalan baiknya namun prinsip pertama maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam adalah jauh lebih penting. “Kita ada maruah kita, kita tidak meminta pinjaman AS. […]
Pencarian Da’ie YADIM Zon Sabah
KOTA KINABALU 22 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong Da’ie Murabbi (Da’ie YADIM) di Pejabat YADIM Zon Sabah. Syarat kelayakan adalah seperti berikut: Warganegara Malaysia serta rakyat negeri Sabah; Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun; Sihat tubuh badan […]
Rakyat Palestin raikan resolusi PBB
RAMALLAH 22 Dis -Rakyat Palestin pada Khamis mengalu-alukan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua. Nabil Abu Rdineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dalam satu kenyataan menyebut resolusi itu menzahirkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap hak-hak rakyat […]
Al-Quran, Injil, Taurat, Zabur
Mengatur langkah keselamatan diri Oleh AMIDA ABDULHAMID Beriman (percaya) kepada kitab-kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul-Nya adalah satu daripada rukun Iman. Kita harus waspada bahawa yang wajar kita beriman (percaya)i adalah kepada semua kitab yang Allah turunkan kepada Nabi dan Rasul-Nya. Kitab Allah yang kontemporari dan masih valid kita baca, hayati dan […]
Isu Baitulmuqaddis, ujian buat umat Islam
PUTRAJAYA 22 Dis. – UMAT Islam di seluruh dunia tidak akan biarkan kota suci Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Israel dan sokongan kini sedang diberikan bagi memastikan Baitulmuqaddis kekal milik Palestin. Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al Agha berkata, sebagai rakyat Palestin, beliau secara peribadi terkesan dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis […]
Israel perlu terima hakikat, Baitulmaqdis bukan ibu negaranya – TPM
PUTRAJAYA 22 Dis. – Israel sepatutnya mematuhi apa jua resolusi yang dicapai di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk penolakan 128 negara terhadap pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya yang baru. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Israel harus sedar ia hanya salah satu negara anggota PBB, dan tidak ada asas untuk […]
Masjid Putra dibanjiri bantahan terhadap Trump
PUTRAJAYA 22 Dis. – Masjid Putra hari ini dibanjiri ribuan umat masyarakat menyertai Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, hari ini. Kehadiran umat Islam bertemakan baju putih hari ini secara jelas menolak pengistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Rata-ratanya hadir dengan membawa mesej lantang […]
Iran sifatkan ugutan Trump menghina demokrasi
TEHRAN 21 Dis. – Iran menyifatkan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyekat bantuan kepada negara-negara yang mengundi menentangnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dalam isu Baitulmuqaddis sebagai penghinaan demokrasi. Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, rejim Trump menghina demokrasi melalui ugutan terhadap negara yang berani menentang tuntutan ala `samseng’ […]
Tak sokong AS: Trump ancam tarik balik bantuan kewangan
WASHINGTON 21 Dis -Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan dari negara-negara yang menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak pengiktirafan AS dalam isu Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua. “Mereka telah mengambil beratus-ratus juta dolar, bahkan berbilion dolar, dan mereka mengundi menentang […]
Ketua Hak Asasi Manusia PBB tidak akan tunduk kepada AS
NEW YORK 21 Dis. – Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad Al Hussein yang lantang mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tidak akan memperlahankan kritikannya hanya kerana mahu dilantik semula dalam jawatan tersebut. Putera Jordan itu melalui emel memberitahu, beliau tidak akan memperjudikan integriti agensi berkenaan menjelang tarikh akhir […]